Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460155
Title: | Personaliti dan tingkah laku agresif dalam kalangan atlet murid sekolah menengah daerah Johor Bahru |
Authors: | Nurul Najwa Jasni (P81968) |
Supervisor: | Tajul Ariffin Muhammad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Atlet -- Johor Bahru Personaliti Tingkah laku Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Sep-2021 |
Description: | Personaliti (tret) merupakan faktor personaliti yang stabil dalam menentukan tingkah laku dan respon individu. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara personaliti (tret) dengan tingkah laku agresif dalam kalangan atlet murid sekolah menengah Daerah Johor Bahru. Personaliti (tret) atlet dikaji berdasarkan Teori Personaliti Lima Dimensi (Big Five Personality) manakala tingkah laku agresif dikaji berdasarkan kepada teori Keagresifan Buss dan Perry (1992). Kajian berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan dua instrumen yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk mengukur konstruk-konstruk kajian. Big Five Inventory (BFI) digunakan untuk mengukur apakah personaliti (tret) responden manakala Buss & Perry Aggression Questionnaire digunakan untuk mengukur apakah tingkah laku agresif dalam kalangan atlet murid sekolah menengah Daerah Johor Bahru. Soal selidik telah ditadbir ke atas 370 orang sampel atlet murid yang menyertai pelbagai jenis kejohanan sukan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru (MSSD JB) bagi tahun 2018. Hasil analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara semua domain personaliti (tret) berdasarkan kepada jantina lelaki dan perempuan. Atlet murid perempuan lebih dominan untuk personaliti neuroticism, aggreableness dan conscientiousnes. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua personaliti (tret) dan keagresifan berdasarkan kepada jenis sukan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara keagresifan kemarahan dan keagresifan ketara (hostile) berdasarkan kepada jantina. Kedua-dua domain keagresifan tersebut menunjukkan atlet murid perempuan lebih tinggi berbanding lelaki. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti (tret) dengan keagresifan atlet murid sekolah menengah Daerah Johor Bahru (r=0.302, sig=0.049). Domain personaliti extraversion dan neuroticism mempunyai hubungan dengan semua domain keagresifan. Manakala personaliti aggreableness menunjukkan hubungan dengan keagresifan verbal. Personaliti conscientiousness pula tidak menunjukkan hubungan dengan keagresifan. Dapat dirumuskan bahawa tingkah laku agresif yang berlaku dalam konteks sukan di sekolah-sekolah tidak dipengaruhi oleh personaliti (tret) mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, jurulatih, ibu bapa dan guru-guru perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengurangkan kadar keagresifan dalam dalam kalangan atlet murid semasa pertandingan. Disarankan agar kajian akan datang dapat mengkaji atlet elit yang bertanding di peringkat yang lebih tinggi sama ada di peringkat Kebangsaan mahupun peringkat Antarabangsa.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 138 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125766+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.