Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460153
Title: | Pembangunan dan keberkesanan modul SC-CT terhadap pencapaian dan pemikiran komputasional dalam topik jirim tingkatan satu |
Authors: | Noraini Lapawi (P96958) |
Supervisor: | Hazrati Husnin, Dr. |
Keywords: | Pemikiran komputasional Modul SC-CT Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Apr-2021 |
Description: | Pemikiran komputasional adalah satu kaedah menyelesaikan masalah dan menjadi salah satu kemahiran yang penting dalam abad ke-21. Tujuan kajian adalah untuk menilai kesan Modul Sc-CT terhadap pencapaian dan pemikiran komputasional dalam topik jirim. Kajian dilakukan terhadap 65 orang pelajar tingkatan satu di Kunak, Sabah dengan menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (n = 34) dan kumpulan kawalan (n = 31). Instrumen yang digunakan adalah menggunakan Ujian Pencapaian Pelajar Jirim (UPPJ) dan Ujian Kemahiran Pemikiran Komputasional (UKPK). Kumpulan rawatan diberi pendedahan dengan Modul Sc-CT sementara kumpulan kawalan menerima kaedah konvensional. Ujian pra diberikan sebelum rawatan kepada kedua-dua kumpulan. Selepas lima minggu rawatan, kedua-dua kumpulan diberikan ujian pasca. Hasil dapatan kajian menggunakan analisis statistik inferensi dan ujian ANCOVA. Keputusan ANCOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan terhadap pencapaian dalam topik jirim dari ujian pra ke ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam pencapaian sains setelah menggunakan Modul Sc-CT. Dan berdasarkan keputusan min skor pencapaian UKPK juga turut berkesan terhadap tahap kemahiran pemikiran komputasional. Implikasi Modul Sc-CT ini adalah satu langkah yang efektif dalam meningkatkan pencapaian dalam sains dan pemikiran komputasional yang perlu diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Science, Technology, Engineering and Technology (STEM) dalam pendidikan bagi kemahiran menyelesaikan masalah.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 298 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125264+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.