Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460143
Title: | Kepimpinan multidimensi guru besar dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di daerah Port Dickson |
Authors: | Mohd Khairy Bazli Abu Bakar (P96095) |
Supervisor: | Bity Salwana Alias, Dr. |
Keywords: | Kepimpinan Guru besar -- Port Dickson Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Mar-2021 |
Description: | Kepimpinan multidimensi berdasarkan kepimpinan struktural, sumber manusia, politik dan simbolik didapati masih kurang diberi perhatian oleh pemimpin sekolah menyebabkan kaedah amalan yang kurang sesuai digunakan untuk menangani masalah. Hal ini menimbulkan persoalan terhadap kepuasan kerja guru. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan multidimensi guru besar di daerah Port Dickson serta hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif ini melibatkan 256 orang guru sebagai responden. Instrumen kajian ialah soal selidik yang memberikan data untuk dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis deskriptif memberikan nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus bagi menjelaskan tahap amalan kepimpinan multidimensi guru besar dan tahap kepuasan kerja guru manakala manakala Ujian Kolerasi Pearson dan Ujian Regresi Berganda digunakan untuk analisis inferensi bagi menjawab persoalan kajian berkenaan hubungan serta faktor peramal antara pemboleh ubah. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan amalan kepimpinan multidimensi guru besar berada pada tahap tinggi (skor min = 3.95, s.p. = 0.81). Tahap kepuasan kerja guru juga tinggi dengan skor min = 4.05 dan s.p. = 0.41. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana antara kepimpinan multidimensi guru besar dengan kepuasan kerja guru dengan nilai r = 0.590, p<0.01. Seterusnya didapati dalam kepimpinan multidimensi, kepimpinan sumber manusia dan kepimpinan simbolik adalah faktor peramal utama untuk kepuasan kerja guru dengan sumbangan sebanyak 68.6%. Kesimpulannya, walaupun secara keseluruhan amalan kepimpinan multidimensi guru besar berada pada tahap yang baik. Pendedahan serta latihan untuk amalan kepimpinan multidimensi wajar diberikan kepada guru besar di daerah Port Dickson agar mereka dapat mengamalkan kepimpinan yang sesuai dan membuat keputusan yang tepat dalam semua situasi yang akan memberi impak yang positif terhadap kepuasan kerja guru serta kecemerlangan sekolah.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 131 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125250+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 412.1 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.