Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460136
Title: | Pengetahuan seksualiti murid ketidakupayaan pendengaran |
Authors: | Rosmawati Mat Daud (P92497) |
Supervisor: | Manisah Mohd Ali, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pengetahuan seksualiti Ketidakupayaan pendengaran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Dec-2020 |
Description: | Pengetahuan seksualiti merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang penting kepada seseorang seperti kebersihan, identiti seksual, perhubungan dan keintiman, seksualisasi dan keselamatan serta kesihatan reproduktif. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan seksualiti murid-murid ketidakupayaan pendengaran di sekolah menengah di samping mengenal pasti sumber-sumber pengetahuan seksualiti mereka. Satu set soal selidik telah ditadbir kepada seramai 70 orang murid tingkatan satu, dua dan empat di sebuah sekolah pendidikan khas di Pulau Pinang. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan seksualiti murid ketidakupayaan pendengaran adalah sederhana. Keputusan ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan seksualiti murid ketidakupayaan pendengaran berdasarkan faktor gender. Sumber utama pengetahuan seksualiti murid ketidakupayaan pendengaran ialah ahli keluarga dan pihak sekolah berbanding rakan sebaya, media massa dan media sosial. Penemuan kajian ini memberi implikasi bahawa pihak sekolah perlu merancang program yang bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan seksualiti murid ketidakupayaan pendengaran.,Sarjana |
Pages: | 131 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124937+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.