Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460131
Title: | Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik menerusi amalan pengajaran dan pemudahcaraan sejarah |
Authors: | Intan Shakila Abdul Rahman (P92605) |
Supervisor: | Mohd Mahzan Awang, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sejarah -- Pengajaran dan pembelajaran Elemen kewarganegaraan Nilai sivik Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Dec-2020 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Sejarah mengikut persepsi murid dan tahap Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik dalam kalangan murid. Kajian turut mengenal pasti perbezaan amalan pengajaran dan pemudahcaraan Sejarah dan perbezaan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik berdasarkan pemboleh ubah demografi. Kajian ini berbentuk tinjauan, yang menggunakan instrumen borang soal selidik. Analisis Cronbach Alfa daripada kajian rintis menunjukkan setiap item berada pada tahap kebolehpercayaan yang dibenarkan iaitu di antara 0.6 dan 0.9. Seramai 400 orang responden tingkatan dua sekolah menengah harian di daerah Klang dan Gombak menjadi sampel kajian. Analisis dapatan kajian menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0 untuk menganalisis data deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan digunakan untuk melihat taburan demografi, tahap amalan pengajaran dan pemudahcaraan Sejarah dan tahap Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik. Statistik inferensi seperti ujian MANOVA, korelasi dan regresi berganda digunakan untuk menjawab persoalan dan menguji hipotesis kajian. Analisis tahap amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Sejarah secara keseluruhan berada pada tahap rendah dengan purata min (min=2.59). Manakala analisis tahap Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik murid secara keseluruhan berada tahap yang tinggi pada purata min (min= 4.06). Analisis MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Sejarah berdasarkan jantina. Analisis MANOVA bagi Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina, kaum, status pekerjaan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah antara amalan pengajaran dan pemudahcaraan Sejarah dengan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik. Manakala analisis regresi berganda menunjukkan sebanyak 19.88 peratus sumbangan amalan pengajaran dan pemudahcaraan Sejarah terhadap Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik murid. Implikasi kajian, guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan Sejarah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan penghayatan murid terhadap Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 161 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124920+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 448.05 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.