Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460128
Title: Pengetahuan, sikap dan amalan pentaksiran formatif dalam kalangan guru-guru Bahasa Inggeris
Authors: Noraini Abd Samad (P96120)
Supervisor: Zolkepeli Haron
Keywords: Pentaksiran formatif
Bahasa Inggeris -- Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Sep-2021
Description: Reformasi Pendidikan Bahasa Inggeris 2015-2025 menganjurkan pengamalan pentaksiran formatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan Bahasa Inggeris. Namun, ditemukan kepincangan dalam model latihan lata yang digunakan dalam melatih guru guru berkenaan pentaksiran tersebut. Selain itu, didapati pengamalan sesuatu inovasi pendidikan amat berkait rapat dengan sikap guru. Justeru, kajian secara tinjauan ini dilaksanakan bertujuan untuk menjawab persoalan berkenaan pengetahuan, sikap dan amalan guru berkenaan pentaksiran formatif. Seramai 95 orang guru Bahasa Inggeris sekolah menengah kebangsaan di daerah Marang, Terengganu telah dipilih melalui teknik pensampelan rawak berstrata untuk terlibat sebagai responden kajian. Satu borang soal selidik yang mengandungi lima bahagian iaitu demografi, pengetahuan, sikap, amalan dan faktor telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisa secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian IBM Statistics SPSS Versi 25. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan guru tentang pentaksiran formatif adalah pada tahap sederhana rendah begitu juga dengan tahap amalan mereka. Manakala, sikap terhadap pentaksiran formatif adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan Ujian-t Dua Sampel Bebas memperlihatkan perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan, sikap dan amalan guru berdasarkan kehadiran kursus. Analisis ANOVA Sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan amalan guru berdasarkan pengalaman mengajar. Namun, analisis tersebut memperlihatkan perbezaan yang signifikan dalam sikap dan amalan guru berdasarkan opsyen mengajar. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan sederhana dan positif antara tahap pengetahuan dengan tahap sikap. Hubungan yang sama dapat dilihat antara tahap pengetahuan dan tahap sikap dengan amalan. Selain itu, turut dikenal pasti faktor-faktor yang berkemungkinan mempengaruhi amalan guru. Kajian ini memberi implikasi bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan bukan sahaja pengetahuan, malah kemahiran guru dalam pentaksiran formatif. Selain itu, pihak pihak berkepentingan digesa untuk menyediakan sokongan kepada guru dalam mengamalkan pentaksiran formatif bagi memastikan matlamat Reformasi Pendidikan Bahasa Inggeris 2015-2025 tercapai.,Sarjana Pendidikan
Pages: 205
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124263+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.