Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460123
Title: Kepimpinan transformasional dan amalan penambahbaikan kualiti berterusan di Kolej Vokasional
Authors: Nur Asyikin Ab Latif (P101270)
Supervisor: Mohamed Yusoff Mohd Nor, Dr.
Keywords: Pengurusan kualiti
Kepimpinan transformasional
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Sep-2021
Description: Penambahbaikan kualiti berterusan (PKB) merupakan elemen penting dalam pengurusan kualiti. Ini kerana PKB merupakan perkara utama dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan penambahbaikan dalam aktiviti PdP terus dilaksanakan. Oleh itu, pelaksanaan PKB di kolej vokasional (KV) semakin giat dijalankan seiring dengan pendekatan pembelajaran berdasarkan hasil (OBE) yang dilaksanakan. Walaubagaimanapun, laporan dari badan akreditasi menunjukkan perbezaan pengamalan PKB bagi beberapa program yang berada di bawah organisasi yang sama. Justeru, timbul persoalan mengenai status amalan PKB di KV. Maka,kajian ini dapat memberi gambaran dan input mengenai amalan PKB di KV. Selain itu, terdapat pelbagai faktor dalam mempengaruhi amalan PKB dan kepimpinan dilihat sebagai faktor utama dalam memastikan amalan ini dilaksanakan. Kepimpinan transformasional dilihat sebagai gaya kepimpinan yang dapat membawa perubahan dan mempengaruhi organisasi menerima dan melaksanakan amalan PKB. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional pengarah dan amalan PKB di kolej vokasional. Kajian ini juga melihat hubungan antara kepimpinan transformasional dan amalan PKB dan seterusnya mengenal pasti dimensi dalam kepimpinan transformasional yang mempengaruhi amalan PKB. Kajian yang berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian di mana seramai 278 orang pensyarah KV dari Negeri Sembilan dan Melaka telah terlibat sebagai responden kajian. Analisis statistik deskriptif dan inferensi korelasi Pearson dan regresi pelbagai digunakan bagi mengenal pasti tahap amalan dan hubungan. Dapatan kajian mendapati bahawa amalan kepimpinan transformasional pengarah adalah pada tahap yang sangat tinggi manakala tahap amalan PKB di KV secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kepimpinan transformasional mempunyai hubungan positif yang kuat dengan amalan PKB dan dimensi pertimbangan individu dan motivasi berinspirasi memberi pengaruh terhadap amalan PKB. Maka, hasil kajian yang diperolehi ini dapat memberi sumbangan terhadap bidang pendidikan di Malaysia dan dapat menyediakan satu input kepada pihak BPLTV dan KPM mengenai amalan PKB di KV. Dengan adanya input ini, tindakan dan langkah penambahbaikan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi menambah baik KV. Oleh itu, diharapkan agar kajian ini dapat menjadi platform kepada penambahbaikan pengurusan kualiti di KV.,Sarjana Pendidikan
Pages: 176
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124248+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.