Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460121
Title: | Pengaruh penggunaan peranti mudah alih terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak |
Authors: | Nur Nabilah Abdullah (P93570) |
Supervisor: | Suziyani Mohamed, Dr. |
Keywords: | Peranti mudah alih Sosioemosi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Jul-2021 |
Description: | Penggunaan peranti mudah alih memberi impak kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak sehingga boleh mempengaruhi hubungan kanak-kanak dengan orang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan peranti mudah alih dan tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kajian ini juga mengenal pasti pengaruh penggunaan peranti mudah alih terhadap perkembangan sosioemosi kanak kanak. Selain itu, pengkaji ingin mengenal pasti perbezaan skor penggunaan peranti mudah alih berdasarkan tahap pendidikan tertinggi dan pendapatan kumpulan isi rumah ibu bapa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melibatkan 364 orang ibu bapa kepada kanak-kanak di Putrajaya dengan teknik persampelan rawak mudah. Dua instrumen digunakan iaitu Skala Masalah Penggunaan Peranti Mudah Alih (Mobile Phone Problem Use Scale) dan Ages and Stages Questionnaires: Social Emotional (ASQ: SE). Soal selidik ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu Bahagian A: Maklumat demografi, Bahagian B: Penggunaan Peranti Mudah Alih dan Bahagian C: Perkembangan sosioemosi. Statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan peranti mudah alih dan tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Statistik inferensi digunakan untuk mengenal pasti pengaruh penggunaan peranti mudah alih terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak serta mengenal pasti perbezaan skor penggunaan peranti mudah alih berdasarkan tahap pendidikan dan pendapatan kumpulan isi rumah ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan peranti mudah alih dalam kategori pengguna tetap dan tahap perkembangan sosioemosi berada pada tahap baik. Analisis kruskal Wallis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan peranti mudah alih berdasarkan tahap pendidikan tertinggi ibu bapa. Manakala analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan peranti mudah alih berdasarkan pendapatan kumpulan isi rumah ibu bapa. Implikasi kajian ini menunjukkan ibu bapa dan masyarakat perlu memberi perhatian yang serius dalam memberi bimbingan kepada kanak-kanak supaya penggunaan peranti mudah alih ini boleh dimanfaatkan secara positif agar perkembangan sosioemosi berlaku dengan baik.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 159 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123594+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 503.39 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.