Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460115
Title: Pengalaman bapa dalam membesarkan anak autisme : kajian kualitatif mengenai pengetahuan, sistem sokongan, pengurusan emosi dan kewangan
Authors: Awatif Hannan Suhaimi (P93929)
Supervisor: Suziyani Mohamed, Dr.
Keywords: Autisme
Autism Spectrum Disorder (ASD)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Aug-2021
Description: Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan kecelaruan neurologikal yang mempengaruhi kemahiran interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sehingga kini masih tiada rawatan atau perubatan yang boleh menyembuhkan individu yang mengalaminya. Rentetan itu, ia telah memberikan cabaran kepada ibu bapa dalam membesarkan individu yang mengalami autisme ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengalaman bapa dalam membesarkan anak autisme. Kajian kualitatif dengan reka bentuk penyelidikan kualitatif generik ini melibatkan seramai tujuh orang bapa yang mempunyai anak autisme di beberapa daerah di negeri Kedah. Pensampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah pensampelan bertujuan. Disamping itu, pengkaji merupakan instrumen utama manakala soalan temu bual merupakan instrumen kedua dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual sepenuhnya sebagai kaedah pengumpulan data kajian. Manakala, temu bual separa berstrutur dilakukan untuk memperoleh data daripada peserta kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bapa mempunyai pengetahuan mengenai karakteristik autisme. Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa bapa berhadapan dengan masalah daripada aspek emosi, kewangan, stigma masyarakat terhadap autisme dan kurang perkhidmatan dan sokongan daripada aspek pendidikan dan terapi. Implikasi kajian ini terbahagi kepada dua iaitu implikasi terhadap badan ilmu dan implikasi terhadap amalan. Kajian ini merumuskan bahawa bapa sememangnya menghadapi cabaran dalam membesarkan anak autisme.,Sarjana Pendidikan
Pages: 159
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123509+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
819.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.