Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460087
Title: | Kepimpinan instruksional pengetua dan guru besar serta hubungannya dengan prestasi akademik sekolah |
Authors: | Zabidah Muhammad (P71660) |
Supervisor: | Azlin Norhaini binti Mansor, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Educational leadership -- Malaysia School principals -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Aug-2016 |
Description: | Perkembangan dunia pendidikan mutakhir ini sangat pantas. Malaysia kini ke arah transformasi pendidikan yang salah satunya menggariskan perubahan kepada kepimpinan sekolah. Keadaan ini telah menyebabkan tingkah laku kepimpinan instruksional pemimpin dan keberkesanan sekolah menjadi fokus utama kepada kajian kepimpinan masa kini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti amalan kepimpinan instruksional pengetua dan guru besar di sekolah rendah dan sekolah menengah negeri Melaka. Kajian kuantitatif ini melibatkan sampel seramai 37 pengetua dan 89 guru besar. Data kajian dikumpulkan menggunakan Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) oleh Hallinger dan Murphy (1987). Dapatan amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua dan guru besar berada pada tahap sangat tinggi tetapi pengetua lebih kerap mengamalkan dimensi mendefinisi misi sekolah manakala guru besar lebih kerap membentuk iklim sekolah yang positif. Kajian juga menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan instruksional pengetua berdasarkan jantina, pengalaman dan band sekolah tetapi wujud perbezaan yang signifikan terhadap kehadiran kursus NPQEL. Guru besar pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap jantina, kursus NPQEL dan band sekolah tetapi signifikan terhadap pengalaman. Kajian juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dan guru besar dengan prestasi akademik sekolah. Kajian ini menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional pengetua dan guru besar di negeri Melaka di tahap tinggi tetapi tidak dilaksanakan dengan berkesan menyebabkan tidak dapat menyumbang terhadap peningkatan prestasi akademik sekolah-sekolah di negeri Melaka. Implikasi dan beberapa cadangan keberkesanan dalam amalan kepimpinan instruksional serta kajian lanjutan turut dikemukakan untuk kecemerlangan prestasi sekolah. Kata kunci: kepimpinan instruksional, prestasi akademik sekolah, pengetua dan guru besar,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana (Pendidikan) |
Pages: | 109 |
Call Number: | LB2831.626.M4Z333 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121115+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.