Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460086
Title: Keprihatinan guru terhadap penerapan adab dan tingkahlaku dalam kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Authors: Nur Diyana Haji Ahamad (P66456)
Supervisor: Sharifah Nor Puteh, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Children -- Conduct of life
Early childhood education
Issue Date: 22-Feb-2016
Description: Kajian ini bertujuan menilai tahap keprihatinan guru prasekolah dalam menerapkan adab dan tingkahlaku kanak-kanak dalam kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kajian melibatkan pendekatan kuantitatif serta kualitatif mengunakan Model Penerimaan Berasaskan Kprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM). Sampel kajian ini melibatkan 149 orang yang merupakan guru prasekolah untuk dinilai menerusi satu dimensi CBAM iaitu peringkat keprihatinan (State of Concerns, SoC). Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik dan analisis dibuat berdasarkan skor bagi setiap peringkat keprihatinan untuk mewujudkan satu profil Peringkat Keprihatinan bagi setiap subjek kajian. Manakala kaedah kualitatif menggunakan temu bual separa berstruktur bersama subjek kajian. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan skor keprihatinan guru terhadap penerapan adab dan tingkahlaku dalam Kurikulum Pendidikan Kanak-Kanak berada pada tahap yang tinggi. Skor min tertinggi diperolehi pada aspek Peribadi (PK 2), diikuti aspek Kolaborasi (PK 5) dan aspek Kesan (PK 4). Skor profil Peringkat Keprihatinan ini menunjukkan guru prasekolah secara peribadinya berusaha mencari pendekatan terbaik dan berminat untuk bekerjasama dengan rakan pendidik serta mengetahui kesannya dalam penerapan adab dan tingkahlaku yang betul kepada kanak-kanak. Bagi dapatan kualitatif, subjek kajian secara peribadinya memahami kepentingan penerapan adab dan tingkahlaku dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kajian ini diharap dapat memberikan peluang kepada penyelidik lain untuk melaksanakan kajian lanjutan mengenai kepentingan penerapan adab dan tingkahlaku serta berusaha mencari pendekatan yang terbaik dalam mendidik serta membentuk kanak-kanak menjadi insan yang beradab kepada generasi masa hadapan. Kata kunci: Penerapan Adab dan Tingkahlaku, Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Keprihatinan Guru, Concerns-Based Adoption Model (CBAM,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana
Pages: 129
Call Number: LB1139.35.M67N833 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121084+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.