Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460085
Title: Kesediaan kaedah pengajaran pembelajaran berasaskan masalah (PBM) guru prinsip perakaunan dan pencapaian pelajar
Authors: Rasidah Mohamad Yusop (P66486)
Supervisor: Nor Aishah Buang, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Problem-based learning
Accounting -- Study and teaching
Issue Date: 5-Sep-2016
Description: Kajian ini melihat tahap kesediaan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Prinsip Perakaunan terhadap kaedah pengajaran Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara tahap kesediaan guru dengan pencapaian pelajar. Selain itu, sumbangan tahap kesediaan pengajaran PBM guru Prinsip Perakaunan terhadap pencapaian pelajar juga dikenal pasti di dalam kajian ini. Seramai 161 orang guru Prinsip Perakaunan daripada beberapa buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Selangor telah terlibat. Kajian ini menggunakan prosedur persampelan rawak. Instrumen soal selidik yang mengandungi 44 item telah digunakan dan dianalisis secara deskriptif serta inferensi. Kaedah analisis inferensi yang digunakan ialah Korelasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan antara kesediaan pengajaran PBM guru Prinsip Perakaunan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dengan gred purata mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM. Dapatan kajian mendapati kesediaan pengetahuan dan kesediaan kemahiran adalah pada tahap sederhana manakala kesediaan sikap guru-guru adalah pada tahap tinggi. Analisis inferensi pula menunjukkan bahawa hubungan tahap kesediaan dan pencapaian pelajar menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan pengajaran PBM guru Prinsip Perakaunan dengan gred purata mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat sumbangan tahap kesediaan pengajaran PBM guru terhadap pencapaian pelajar. Implikasi daripada kajian ini membawa kepada cadangan program pemantapan pengetahuan dan kemahiran guru sama ada yang telah mengajar ataupun yang sedang menuntut di institusi-institusi perguruan. Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah proaktif secepat mungkin bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam melaksanakan kaedah pengajaran PBM.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana
Pages: 126
Call Number: LB1027.42.R357 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121083+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.