Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460083
Title: Penggunaan kaedah permainan program realiti televisyen dalam meningkatkan minat, sikap dan pencapaian pelajar sains tingkatan 1 dalam topik haba
Authors: Zarah Ahmad (P61937)
Supervisor: Zolkepeli Haron
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Science -- Study and teaching -- Audio-visual aids
Heat
Issue Date: 13-May-2016
Description: Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan mencadangkan penambahbaikan dalam amalan baik pengajaran guru dan seterusnya membantu memahami kelemahan pelajar dalam menguasai konsep haba dan suhu. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbentuk permainan program realiti televisyen iaitu permainan Jeopardy Sains bagi topik haba terhadap sikap, minat dan pencapaian pelajar sains tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda di daerah Sepang. Penggunaan Microsoft Power Point 2007 yang interaktif dalam permainan ini berupaya meningkatkan pemahaman pelajar tingkatan satu dalam aktiviti pengukuhan yang intensif melibatkan dua gelungan Model Kemmis dan McTaggart. Penyelidik telah menjalankan kajian ini kepada 22 orang pelajar kelas mata pelajaran Sains yang diajarnya. Pengumpulan data telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan kaedah pemerhatian dan temubual. Data kualitatif telah disokong dengan data kuantitatif iaitu ujian pencapaian topik haba dan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan sikap dan minat pelajar lebih ketara dalam kitaran kedua. Pelajar menunjukkan sikap yang seronok melalui penglibatan aktif, interaksi aktif dan unsur daya saing dalam aktiviti. Pelajar didapati gembira belajar dengan kaedah alternatif ini, tidak menunjukkan kebosanan dan menunjukkan unsur kegembiraan yang mana sikap positif ini telah mencatatkan bilangan pemerhatian yang tinggi. Manakala elemen minat pula menunjukkan bahawa pelajar didapati aktif, menghayati P&P serta memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Analisis data telah menggunakan SPSS bagi menjana data statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis deskriptif menunjukkan min skor sikap secara keseluruhan adalah positif (min=3.90,sp=0.34) manakala min skor minat secara keseluruhan adalah sangat positif (min=4.18,sp=0.50) setelah pelajar menjalani kaedah permainan. Dapatan ujian pencapaian pula menunjukkan wujud peningkatan yang ketara dalam pencapaian ujian pos 1 dan ujian pos 2 berbanding ujian pra. Analisis inferensi menggunakan Ujian Wilcoxon T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor sikap (T=2.50, p< 0.05) dan skor minat (T=0.00,p< 0.05). Ini menunjukkan kelompok pelajar yang diuji mempunyai sikap dan minat yang positif terhadap topik haba secara individu. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian pelajar terhadap topik haba sebelum pengajaran dan selepas didedahkan dengan kaedah permainan (T=0.00, p<0.05). Hasil temubual bersama pelajar juga menunjukkan bahawa penggunaan kaedah permainan dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Implikasi daripada dapatan kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa kaedah permainan program realiti televisyen berjaya menyemai sikap positif, menjana minat dan meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik haba. Kaedah yang inovatif dan kreatif ini berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, menghiburkan dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang ditambah baik dan seterusnya memberikan nilai tambah kepada pendekatan guru dalam pengajaran sains.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pendidikan)
Pages: 414
Call Number: Q196.Z337 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121077+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.