Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460078
Title: | Kualiti guru Pendidikan Islam sekolah menengah di daerah Seberang Prai Utara Pulau Pinang |
Authors: | Ahmad Tarmizi Abu Bakar (P66287) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Teachers -- Training of -- Malaysia Teachers -- Malaysia Islamic education -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Jan-2016 |
Description: | Tujuan kajian ialah untuk meninjau tahap kualiti guru Pendidikan Islam dari aspek personaliti serta kualiti pengajaran. Sebanyak 8 buah sekolah menengah di daerah Seberang Prai Utara Pulau Pinang telah dipilih secara rawak yang melibatkan 4 buah Sekolah Menengah Harian, 3 buah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Dalam kajian ini ciri-ciri guru berkualiti yang dikenalpasti oleh Al-Ghazali (t.th) dan Rogers (2002), dijadikan asas kepada kriteria penilaian pelajar. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal-selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 366 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 19.0. Statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan profil demografi kajian serta menentukan tahap kualiti personaliti dan kualiti pengajaran guru Pendidikan Islam. Analisis inferensi Manova juga dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan penilaian tentang kualiti personaliti guru Pendidikan Islam berdasarkan jantina, aliran pengajian dan jenis sekolah. Manakala analisis korelasi Pearson di jalankan untuk mengenalpasti hubungan antara personaliti dengan kualiti pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap kualiti personaliti guru Pendidikan Islam berada pada tahap sangat tinggi iaitu (min = 4.31) dan kualiti pengajaran juga menunjukkan skor yang tinggi dengan nilai min keseluruhannya (min=4.16). Analisis Pearson pula menunjukkan terdapatnya korelasi positif kuat antara persepsi pelajar terhadap kualiti personaliti guru dengan kualiti pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah menengah dengan nilai r = 0.750 dan sig = 0.000 (p<0.05). Implikasi kajian mendapati bahawa kualiti personaliti dan kualiti pengajaran guru Pendidikan Islam merupakan dua faktor yang saling melengkapi antara satu sama lain bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 183 |
Call Number: | LB1727.M4A377 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120979+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.