Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460076
Title: | Kemahiran dan penggunaan elemen kemahiran abad ke-21 dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Langat Selangor |
Authors: | Amiree Aripin (P61845) |
Supervisor: | Ruslin Amir, Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Educational technology -- Malaysia Teachers -- Training of -- Malaysia Teaching |
Issue Date: | 7-Sep-2016 |
Description: | Kajian ini dijalankan bagi meninjau kemahiran dan penggunaan elemen kemahiran abad ke-21 guru-guru di sekolah menengah kebangsaan di Kuala Langat. Elemen kemahiran abad ke-21 yang dikaji melibatkan kemahiran belajar dan inovasi serta kemahiran maklumat, media dan teknologi. Kajian ini dibahagikan kepada enam objektif kajian. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan sebanyak 301 sampel yang dipilih secara rawak di kalangan guru sekolah menengah. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah borang soal selidik yang dibina sendiri berdasarkan objektif dan persoalan kajian dengan merujuk buku 21st Century Skills : Learning for life in our times, Bernie & Charles (2009). Data diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) 16.0 melibatkan analisis secara deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran dan penggunaan kemahiran abad ke-21 yang tinggi dalam kalangan guru-guru sekolah menengah. Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran dan penggunaan kemahiran abad ke 21. Kemahiran dan penggunaan kemahiran belajar dan inovasi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kemahiran maklumat media dan teknologi. Kesimpulannya, kajian telah membuktikan guru sekolah menengah mempunyai tahap kemahiran abad ke-21 dan menggunakan kemahiran tersebut sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini bermakna segala usaha yang dijalankan oleh KPM memberi kesan yang positif khususnya berkaitan dengan profesionalisme guru.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pendidikan) |
Pages: | 153 |
Call Number: | LB1028.3.A484 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120947+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 833.5 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.