Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460070
Title: | Kesedaran metakognitif dan pemupukan perkembangan metakognitif guru Matematik sekolah menengah |
Authors: | Nik Nur Fadhlillah Abd Razak (P62868) |
Supervisor: | Md Yusof Daud |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Metacognition Teaching |
Issue Date: | 28-Apr-2015 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran metakognitif guru dan tahap sokongan guru terhadap pemupukan metakognitif di dalam bilik darjah dan samada terdapat perbezaan kedua-dua aspek tersebut terhadap pengalaman mengajar guru Matematik sekolah menengah. Kajian ini juga adalah untuk mengkaji hubungan kesedaran metakognitif terhadap pemupukan perkembangan metakognitif oleh guru di dalam bilik darjah. Tahap kesedaran dan pemupukan perkembangan metakognitif tersebut dikaji dengan menilai tahap kesedaran guru menggunakan kemahiran metakognitif dan mengenalpasti sejauh mana guru memupuk perkembangan metakognitif di dalam bilik darjah. Sampel terdiri daripada 107 orang guru matematik di sembilan buah sekolah menengah di Kuala Terengganu, Terengganu yang dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak. Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik yang menggunakan skala likert 5 mata. Data kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu analisis deskriptif min serta analisis inferensi ujian ANOVA satu hala dan korelasi Spearman rho. Keputusan kajian menunjukkan bahawa guru matematik mempunyai tahap kesedaran dan pemupukan metakognitif yang tinggi. Dapatan analisis mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesedaran metakognitif guru dan tahap perkembangan metakognitif antara lima kumpulan guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang berbeza. Hasil analisis korelasi Spearman rho, r = 0.347 menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi guru mempunyai hubungan langsung positif yang sederhana dan signifikan ke atas pemupukan perkembangan metakognisi guru. Keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat dijadikan bukti yang menyokong kepentingan antara kesedaran metakognisi guru dan pemupukan perkembangan metakognisi dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajian ini juga mencadangkan kajian akan datang yang melibatkan kesedaran dan pemupukan perkembangan metak kognitif di dalam bilik darjah.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana |
Pages: | 126 |
Call Number: | BF311.N536 2015 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120937+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.