Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460063
Title: | Amalan kepimpinan multidimensi dan hubungannya dengan komitmen guru di Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor |
Authors: | Ruaina Abdullah (P47605) |
Supervisor: | Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia School principals -- Selangor Educational leadership -- Selangor School administrators -- Selangor |
Issue Date: | 1-Sep-2016 |
Description: | Kajian ini jalankan untuk menentukan amalan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru dan hubungannya dengan komitmen guru Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor. Objektif kajian ini ialah, 1) Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan multidimensi pengetua Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor berdasarkan dimensi struktural, sumber manusia, politik dan simbolik mengikut persepsi guru, 2) Mengenal pasti tahap komitmen guru terhadap sekolah berdasarkan dimensi afektif, berterusan dan normatif, 3) Mengenal pasti perbezaan persepsi guru mengenai amalan kepimpinan multidimensi pengetua Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor berdasarkan kelayakan akademik dan tempoh berkhidmat guru, 4) Mengenal pasti perbezaan komitmen guru terhadap sekolah mengikut kelayakan akademik dan tempoh berkhidmat guru, dan 5) Mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan multidimensi pengetua Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor dengan komitmen guru. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Analisis deskriptif digunakan untuk menentukan tahap amalan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru dan komitmen guru Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor. Populasi kajian ini meliputi semua guru di Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor. Sampel kajian adalah seramai 1099 orang yang terdiri dari guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panatia, Penolong Kanan dan semua guru dan pemilihan sampel mengikut kaedah Krejcie dan Morgan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan multidimensi pengetua lebih menggunakan pendekatan kepimpinan sumber manusia berbanding amalan kepimpinan yang lain. Secara keseluruhan persepsi guru terhadap kepimpinan multidimensi pengetua berada pada tahap tinggi (min = 4.05 dan sp = 0.47) dan tahap komitmen guru terhadap sekolah berada pada tahap sederhana (min = 3.48 dan sp = 0.42. Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru berdasarkan tempoh berkhidmat dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru berdasarkan kelayakan akademik. Analisis korelasi pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru dengan komitmen guru terhadap sekolah. Implikasi kajian, pihak IAB perlu berusaha melatih pengetua secara berterusan supaya dapat mencapai kepimpinan pengetua yang cemerlang. Kesimpulannya, kepimpinan multidimensi yang diamalkan oleh pengetua dapat meningkatkan komitmen guru serta dapat membantu tahap pencapaian kecemerlangan organisasi sekolah. Kajian ini jalankan untuk menentukan amalan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru dan hubungannya dengan komitmen guru Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor. Objektif kajian ini ialah, 1) Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan multidimensi pengetua Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor berdasarkan dimensi struktural, sumber manusia, politik dan simbolik mengikut persepsi guru, 2) Mengenal pasti tahap komitmen guru terhadap sekolah berdasarkan dimensi afektif, berterusan dan normatif, 3) Mengenal pasti perbezaan persepsi guru mengenai amalan kepimpinan multidimensi pengetua Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor berdasarkan kelayakan akademik dan tempoh berkhidmat guru, 4) Mengenal pasti perbezaan komitmen guru terhadap sekolah mengikut kelayakan akademik dan tempoh berkhidmat guru, dan 5) Mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan multidimensi pengetua Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor dengan komitmen guru. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Analisis deskriptif digunakan untuk menentukan tahap amalan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru dan komitmen guru Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor. Populasi kajian ini meliputi semua guru di Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor. Sampel kajian adalah seramai 1099 orang yang terdiri dari guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panatia, Penolong Kanan dan semua guru dan pemilihan sampel mengikut kaedah Krejcie dan Morgan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan multidimensi pengetua lebih menggunakan pendekatan kepimpinan sumber manusia berbanding amalan kepimpinan yang lain. Secara keseluruhan persepsi guru terhadap kepimpinan multidimensi pengetua berada pada tahap tinggi (min = 4.05 dan sp = 0.47) dan tahap komitmen guru terhadap sekolah berada pada tahap sederhana (min = 3.48 dan sp = 0.42. Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru berdasarkan tempoh berkhidmat dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru berdasarkan kelayakan akademik. Analisis korelasi pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan multidimensi pengetua mengikut persepsi guru dengan komitmen guru terhadap sekolah. Implikasi kajian, pihak IAB perlu berusaha melatih pengetua secara berterusan supaya dapat mencapai kepimpinan pengetua yang cemerlang. Kesimpulannya, kepimpinan multidimensi yang diamalkan oleh pengetua dapat meningkatkan komitmen guru serta dapat membantu tahap pencapaian kecemerlangan organisasi sekolah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 154 |
Call Number: | LB2831.926.M4R834 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120883+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.