Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460058
Title: | Pemahaman guru prasekolah tentang konsep belajar melalui bermain dan cara kanak-kanak belajar di Prasekolah |
Authors: | Norliza Ahmad (P69734) |
Supervisor: | Rohaty Majzub, Prof. Puan Seri Dr |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Early childhood education Play |
Issue Date: | 18-May-2016 |
Description: | Melahirkan generasi yang hebat merupakan satu kejayaan yang gemilang bagi sesebuah negara. Percaturan dalam menentukan kejayaan untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada negara haruslah bertitik-tolak dari seawal usia. Justeru, pemantapan kualiti pendidikan di peringkat awal khususnya prasekolah perlu diperkemaskan. Kurikulum pendidikan di prasekolah sangat menggalakkan pendekatan belajar melalui bermain kerana ia sangat sinonim dengan sifat kanakkanak. Oleh itu, pelaksanaan aktiviti pengajaran di prasekolah seharusnya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Walau bagaimanapun guru prasekolah perlulah memahami konsep belajar melalui bermain supaya pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain dapat dijalankan dengan berkesan. Namun masih terdapat kajian yang menyatakan guru kurang memahami konsep belajar melalui bermain ekoran tidak memahami cara kanak-kanak belajar. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain dengan menfokuskan kepada cara guru merangsang kanak-kanak bagi melihat pemahaman mereka tentang cara kanak-kanak belajar di samping pemahaman konsep belajar melalui bermain itu sendiri. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes ini melibatkan seramai enam orang guru prasekolah. Hasil kajian mendapati bahawa para peserta kajian mempunyai tafsiran yang sama terhadap konsep belajar melalui bermain iaitu sesuatu yang menyeronokkan, mempunyai unsur penerokaan, memberi peluang dan kebebasan serta mampu meningkatkan kemahiran dan perkembangan kanak-kanak. Peserta kajian juga mempunyai pendapat yang serupa tentang cara kanak-kanak belajar iaitu kanak-kanak belajar melalui persekitaran, deria, peniruan, motivasi dan interaksi. Hasil kajian juga mendapati guru melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain mengikut konsep belajar melalui bermain dan merangsang kanak-kanak sesuai dengan cara mereka belajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain akan lebih bermakna sekiranya guru memahami konsep belajar melalui bermain dan cara kanakkanak belajar,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 251 |
Call Number: | LB1139.35.P55N637 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120834+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.