Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460056
Title: Stail berfikir dan stail pembelajaran pelajar Kolej Vokasional Zon Selatan
Authors: Khaireni Kamaruddin (P69679)
Supervisor: Ruslin Amir, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Learning
Psychology
Universities and colleges
Issue Date: 1-Apr-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk melihat profil stail berfikir dan stail pembelajaran pelajar Kolej Vokasional Zon Selatan (Negeri Sembilan dan Melaka) yang menawarkan Bidang Perniagaan, Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan stail berfikir dan stail pembelajaran mengikut jantina dan bidang pengajian. Selain itu, kajian ini juga meninjau hubungan di antara stail berfikir dan stail pembelajaran terhadap pencapaian pelajar. Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan. Sampel terdiri daripada 300 orang pelajar Tahun 2 daripada lima buah kolej vokasional di Negeri Sembilan dan Melaka. Data dikumpul menggunakan dua instrumen, iaitu instrumen Sternberg – Wagner bagi mengukur stail berfikir dan instrumen Grasha–Riechmann Student Learning Style Scales yang telah diadaptasi oleh Ruslin Amir digunakan untuk mengukur stail pembelajaran. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej SPSS. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa stail berfikir eksekutif, monarki, anarki dan konservatif merupakan stail berfikir dominan manakala stail pembelajaran kolaboratif pula merupakan stail pembelajaran dominan yang diamalkan oleh para pelajar. Hasil analisis inferensi mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan skor min stail berfikir dominan mengikut jantina dan bidang pengajian. Seterusnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan stail pembelajaran dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina dan terdapat perbezaan yang signifikan stail pembelajaran dalam kalangan pelajar berdasarkan bidang pengajian. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara stail berfikir dengan stail pembelajaran dalam kalangan pelajar. Analisis korelasi Spearman pula menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stail berfikir dengan pencapaian akademik pelajar dan terdapat hubungan yang signifikan antara stail pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 148
Call Number: LB1060.K486 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120832+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.