Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460053
Title: Coaching melalui model GROW untuk mendorong guru melaksanakan kajian tindakan di sekolah
Authors: Chia Swee Yee (P71641)
Supervisor: Norasmah Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Mentoring in education
Issue Date: 14-Dec-2015
Description: Kajian tindakan merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran mereka. Namun, wujudnya situasi ketidaksanggupan guru melaksanakan kajian tindakan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kaedah coaching dengan penggunaan model GROW sebagai model coaching untuk mendorong guru dalam pelaksanaan kajian tindakan. Reka bentuk bagi kajian ini ialah kajian tindakan. Subjek kajian ini terdiri daripada empat orang guru yang tidak pernah melaksanakan kajian tindakan dan mereka bersedia untuk menerima sesi coaching secara sukarela. Untuk pengumpulan data kajian ini, pengkaji sendiri merupakan instrumen yang utama tambahan dengan penggunaan instrumen soal selidik, protokol temu bual, senarai semak pelaksanaan sesi coaching dan borang-borang coaching seperti Coaching Session Log Sheet (COPC 1), Coaching Progress Log Sheet (COPC 2) dan Evaluation by Coachee. Perisian Statistical Package for Social Science Version 18.0 digunakan untuk menganalisis data soal selidik manakala data bagi instrumen yang lain dianalisis secara manual. Dalam kajian ini, analisis nilai koefisien persetujuan Cohen Kappa telah dijalankan dan keputusannya menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang baik. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan masalah utama bagi pelaksanaan kajian tindakan yang dihadapi oleh subjek kajian adalah mereka tidak jelas dengan proses pelaksanaan kajian tindakan dan cara pelaksanaannya. Tambahan subjek kajian sentiasa terikat dengan beban tugas bukan hakiki seperti mesyuarat dan kerja kerani sehingga mereka tiada masa dan tenaga melaksanakan kajian tindakan. Sehubungan itu, langkah pelaksanaan sesi coaching dengan penggunaan Model GROW dalam kajian ini telah dibincangkan dengan perinci; bagaimana subjek kajian diberi dorongan untuk melaksanakan kajian tindakan mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan perasaan yang positif, kesesuaian masa, bimbingan yang berkesan, pemantauan kemajuan kerja serta motivasi kepada subjek kajian merupakan faktor penyumbang kepada persepsi subjek kajian adalah berpositif terhadap kaedah coaching. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak berkepentingan dalam usaha membudayakan kajian tindakan di sekolah.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 177
Call Number: LB1731.4.C488 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120772+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.