Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460046
Title: | Pengukuran kefahaman pecahan dalam kalangan murid sekolah rendah |
Authors: | Shafiza Mohamed (P52379) |
Supervisor: | Kamisah Osman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Effective teaching Mathematics -- Study and teaching (Elementary) Educational psychology -- Study and teaching (Elementary) Concept learning -- Study and teaching (Elementary) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 18-Sep-2012 |
Description: | Kebanyakan murid dan individu dewasa sering menghadapi kesukaran dalam memahami topik pecahan. Kecekapan kemahiran menyelesaikan masalah pecahan sangat penting dalam kehidupan seharian terutamanya dalam konteks pengukuran. Tujuan kajian untuk mengukur pemahaman topik pecahan secara empirikal dalam kalangan murid sekolah rendah. Objektif kajian adalah untuk: mengenal pasti ciri psikometrik item, mengenal pasti ciri murid, memeta hubungan item dan murid serta mengenal pasti kesilapan atau miskonsepsi murid dalam memahami topik tersebut. Jumlah sampel kajian terdiri daripada 459 murid Tahun Lima dan Tahun Enam (lelaki 195 orang dan perempuan 264 orang) di Batu Caves, Selangor yang dipilih secara rawak berkelompok. Ujian pemahaman pecahan (77 item) ditadbir menggunakan kertas dan pensil. Ujian pecahan terdiri daripada konstruk pengetahuan konseptual (subkonstruk Sebahagian-Keseluruhan, Perkadaran dan Nombor) dan konstruk pengetahuan prosedural (subkonstruk Permudahan, Penyelesaian Masalah dan Pengiraan). Pendekatan model dikotomus Rasch diaplikasikan menggunakan Winsteps (versi 3.71.0.1). Analisis dapatan kajian menunjukkan semua item pecahan mempunyai nilai kebolehpercayaan dalaman yang tinggi serta kesepadanan yang baik. Walaupun sampel individu mempunyai nilai kebolehpercayaan dalaman yang tinggi, didapati lapan orang murid menunjukkan ketidak sepadanan yang akan memberikan maklumat mengenai kesilapan atau miskonsepsi murid. Pemetaan item-murid menunjukkan hubungan yang mencapai sasaran tetapi terdapat sedikit kesan siling. Respon pelajar di luar jangkaan terhadap Item Mudah yang Dijawab Salah turut dibincangkan. Kajian ini menyimpulkan bahawa pembangunan konstruk pengetahuan konseptual mendahului konstruk pengetahuan prosedural dan kedua-dua pengetahuan tersebut digunakan secara serentak dalam pembelajaran topik pecahan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 173 |
Call Number: | LB1062.S449 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120750+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.