Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460046
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorShafiza Mohamed (P52379)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:37:32Z-
dc.date.available2023-09-13T09:37:32Z-
dc.date.issued2012-09-18
dc.identifier.otherukmvital:120750
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460046-
dc.descriptionKebanyakan murid dan individu dewasa sering menghadapi kesukaran dalam memahami topik pecahan. Kecekapan kemahiran menyelesaikan masalah pecahan sangat penting dalam kehidupan seharian terutamanya dalam konteks pengukuran. Tujuan kajian untuk mengukur pemahaman topik pecahan secara empirikal dalam kalangan murid sekolah rendah. Objektif kajian adalah untuk: mengenal pasti ciri psikometrik item, mengenal pasti ciri murid, memeta hubungan item dan murid serta mengenal pasti kesilapan atau miskonsepsi murid dalam memahami topik tersebut. Jumlah sampel kajian terdiri daripada 459 murid Tahun Lima dan Tahun Enam (lelaki 195 orang dan perempuan 264 orang) di Batu Caves, Selangor yang dipilih secara rawak berkelompok. Ujian pemahaman pecahan (77 item) ditadbir menggunakan kertas dan pensil. Ujian pecahan terdiri daripada konstruk pengetahuan konseptual (subkonstruk Sebahagian-Keseluruhan, Perkadaran dan Nombor) dan konstruk pengetahuan prosedural (subkonstruk Permudahan, Penyelesaian Masalah dan Pengiraan). Pendekatan model dikotomus Rasch diaplikasikan menggunakan Winsteps (versi 3.71.0.1). Analisis dapatan kajian menunjukkan semua item pecahan mempunyai nilai kebolehpercayaan dalaman yang tinggi serta kesepadanan yang baik. Walaupun sampel individu mempunyai nilai kebolehpercayaan dalaman yang tinggi, didapati lapan orang murid menunjukkan ketidak sepadanan yang akan memberikan maklumat mengenai kesilapan atau miskonsepsi murid. Pemetaan item-murid menunjukkan hubungan yang mencapai sasaran tetapi terdapat sedikit kesan siling. Respon pelajar di luar jangkaan terhadap Item Mudah yang Dijawab Salah turut dibincangkan. Kajian ini menyimpulkan bahawa pembangunan konstruk pengetahuan konseptual mendahului konstruk pengetahuan prosedural dan kedua-dua pengetahuan tersebut digunakan secara serentak dalam pembelajaran topik pecahan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectEffective teaching
dc.subjectMathematics -- Study and teaching (Elementary)
dc.subjectEducational psychology -- Study and teaching (Elementary)
dc.subjectConcept learning -- Study and teaching (Elementary)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePengukuran kefahaman pecahan dalam kalangan murid sekolah rendah
dc.typetheses
dc.format.pages173
dc.identifier.callnoLB1062.S449 2012 tesis
dc.identifier.barcode002718 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120750+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.