Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460041
Title: Motivasi pembelajaran agama dalam kalangan pelajar sekolah agama dikawasan Brunei III Brunei Darussalam
Authors: PG Abdul Razak PG Hj. Metahir (P48134)
Supervisor: Ruslin Amir, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Islamic education-Study and teaching-Brunei
Islamic education-Brunei
Motivation n religious education-Brunei
Issue Date: 2-Mar-2012
Description: Kajian ini bertujuan untuk melihat motivasi pembelajaran agama dalam kalangan pelajar sekolah agama di kawasan Brunei III, Brunei Darussalam. Secara spesifik kajian ini melihat tahap motivasi pembelajaran, hubungan dan pengaruh motivasi terhadap pencapaian pembelajaran agama. Kaedah gabungan (explanatory mixed methods designs) digunakan sebagai metod kajian. Kajian dijalankan melalui dua fasa, fasa pertama menggunakan kajian tinjauan (Cross Sectional Survey Designs) melibatkan 270 orang pelajar, fasa kedua menggunakan kajian kes (case study research design) melibatkan 6 orang guru dan 9 orang pelajar. Data fasa pertama dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik motivasi, dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi berbantukan perisian SPSS Windows versi 16.0. Manakala data fasa kedua pula dikumpulkan melalui temubual mendalam dan dianalisis secara tematik berbantukan perisian NVivo 8. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan motivasi pembelajaran pelajar-pelajar sekolah agama boleh dianggap baik (Min= 78.78) secara umumnya. Demikian juga halnya dengan konstruk-konstruk motivasi seperti dorongan pencapaian (Min= 72.98), komitmen (Min= 76.82), inisiatif (Min= 80.33), dan optimis (Min= 85.04). Dapatan tersebut dikukuhkan oleh dapatan kajian fasa kedua yang mendapati bahawa sememangnya pelajar-pelajar merasa selesa belajar di sekolah agama. Adalah diharapkan dapatan ini akan dapat menyelesaikan beberapa isu pembelajaran agama di Brunei Darussalam.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 174
Call Number: LB1065.P444
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120518+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.