Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460031
Title: | Pengetahuan isi kandungan khusus dan efikasi kendiri guru matematik sekolah rendah dalam topik pecahan |
Authors: | Nurul Atiqah Nizam (P91105) |
Supervisor: | Roslinda Rosli, Dr. |
Keywords: | Topik pecahan Pengetahuan isi kandungan khusus (PIKK) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Dec-2019 |
Description: | Efikasi kendiri memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pengetahuan isi kandungan khusus (PIKK) guru dalam topik pecahan. Malah, PIKK yang kukuh mampu memberikan keupayaan kepada guru dalam mengorganisasikan sesi pengajaran dan pemudah caraan ke suatu peringkat yang lebih berkesan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan perbezaan PIKK dan efikasi kendiri guru dalam topik pecahan berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Di samping itu, kajian ini juga ingin melihat sejauh mana hubungan yang wujud antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian tinjauan ini melibatkan 209 orang guru matematik di sekolah rendah di daerah Seremban menggunakan pensampelan rawak berstrata. Pengetahuan Isi Kandungan Khusus dan efikasi kendiri guru diukur menggunakan Ujian Pengetahuan Isi Kandungan Khusus dan soal selidik efikasi kendiri yang berfokuskan topik pecahan. Hasil analisis menggunakan ANOVA dua hala mendapati, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap PIKK dan efikasi kendiri guru dalam topik pecahan berdasarkan faktor lokasi sekolah dan pengalaman mengajar secara berasingan. Sementara itu, hasil analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang positif dan kuat antara efikasi kendiri dan PIKK guru dalam topik pecahan. Implikasinya, penambahbaikan terhadap aktiviti dan perancangan terhadap program pembangunan profesionalisme guru dapat dilaksanakan sebagai satu usaha dalam memastikan efikasi kendiri guru dapat dipertingkatkan ke suatu tahap yang lebih cemerlang. Hal ini secara tidak langsung akan dapat melahirkan guru yang komited dan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam PIKK dan akhirnya dapat merungkai kurikulum matematik dengan lebih baik.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 133 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118787+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.