Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460023
Title: | Gaya keibubapaan dan estim kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah rendah |
Authors: | Jap Yiu Szin (P92462) |
Supervisor: | Ruslin Amir, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Parenting -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Feb-2020 |
Description: | Tahap pencapaian akademik setiap pelajar berbeza disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Pencapaian akademik dapat menjamin masa depan yang baik kerana pendidikan merupakan aset yang mampu meningkatkan kualiti hidup. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji gaya keibubapaan dan estim kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya keibubapaan dan estim kendiri dengan tahap pencapaian akademik pelajar berdasarkan faktor jantina dan tahap pendapatan keluarga. Keupayaan ibu bapa untuk mendidik, mengawal dan berinteraksi dengan anak-anak juga boleh dinilai dan membuat perubahan bersesuaian dengan anak mereka. Pengumpulan data menggunakan instrumen Children’s Reports of Parental Behavior Inventory (CRPBI) dari Schaefer dan instrumen Self-esteem scale Rosenberg. Sampel terdiri daripada 370 orang pelajar tahun lima dari lapan buah sekolah rendah yang dipilih secara rawak sistematik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian SPSS versi 25. Analisis deskriptif ini melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala, beberapa ujian statistik inferensi seperti Ujian-t, ANOVA satu hala, Korelasi Pearson dan ujian MANOVA telah digunakan untuk menganalisis hipotesis kajian. Keputusan analisis deskriptif mendapati gaya dominan bagi ibu bapa ialah gaya autoritatif. Keputusan analisis Manova mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya keibubapaan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ujian korelasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan gaya keibubapaan dan estim kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar. Keputusan analisis Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan permisif dengan pencapaian akademik pelajar. Ujian korelasi Pearson juga mendapati tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya keibubapaan dengan estim kendiri pelajar. Kajian ini merumuskan gaya keibubapaan permisif memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Pengkaji mencadangkan supaya ibu bapa mempraktikkan gaya keibubapaan yang sesuai dengan keperluan dan perkembangan anak. Penggunaan reka bentuk kajian yang berbeza serta penambahan pemboleh ubah seperti motivasi dan gaya pembelajaran juga dicadangkan untuk kajian yang akan datang.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 145 |
Call Number: | HQ755.7J337 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118764+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 974.48 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.