Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460011
Title: Persepsi guru prasekolah terhadap pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam pengajaran matematik awal
Authors: Norzalikha Buyong (P79244)
Supervisor: Suziyani Mohamed, Dr.
Keywords: Pedagogical content knowledge
Educational technology
Teaching -- Aids and devices
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Feb-2020
Description: Pengetahuan pedagogi isi kandungan merujuk kepada cara guru menyampaikan isi kandungan sesuatu subjek agar mudah difahami dan dapat meningkatkan kefahaman konseptual murid. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam pengajaran Matematik Awal. Terdapat tiga aspek utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu, tahap pengetahuan pedagogi am, tahap pengetahuan isi kandungan Matematik Awal dan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru prasekolah. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif secara reka bentuk kajian tinjauan. Di mana, data kajian dikumpul menggunakan soal selidik. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan bagi pemilihan sampel kajian. Seramai 300 orang guru prasekolah yang sedang berkhidmat di prasekolah swasta di sekitar daerah Seremban, Negeri Sembilan telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan pedagogi am, tahap pengetahuan isi kandungan dan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru prasekolah berada pada tahap sangat tinggi. Manakala, dapatan analisis statistik inferensi menunjukkan terdapat hubungan kuat yang signifikan antara pengetahuan pedagogi am terhadap pengetahuan PIK dengan nilai r(300)=0.604, p=0.00 (p<0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan kuat yang signifikan antara pengetahuan isi kandungan Matematik Awal terhadap pengetahuan pedagogi isi kandungan dengan nilai r(300)= 0.523, p=0.00 (p<0.05). Manakala, terdapat hubungan sederhana yang signifikan antara tahap pendidikan dengan pengetahuan pedagogi isi kandungan guru prasekolah dengan nilai r(300)= 0.302, p=0.00 (p<0.05). Selain itu, ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru prasekolah berdasarkan pengalaman mengajar. Oleh itu, setiap guru perlu terus memantapkan proses pengajaran dan pemudahcaraan agar memberi impak kepada murid dan seterusnya meningkatkan profesionalisme keguruan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 114
Call Number: LB1028.3.N687 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118017+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
19.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.