Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460004
Title: | Pengaplikasian teknik bograf dalam penulisan karangan fakta murid tahun lima |
Authors: | Rubiaton Ibrahim (P90369) |
Supervisor: | Jamaludin Badusah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Malay language -- Composition and exercises Malay language -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Feb-2020 |
Description: | Kemahiran menulis karangan merupakan komponen wajib kemahiran bahasa yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu di Malaysia. Oleh itu, penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid amat perlu dititikberatkan sejak awal, kerana subjek ini merupakan mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2016, seramai 39,073 orang murid di sekolah rendah masih belum menguasai kemahiran menulis karangan. Sehubungan dengan itu, Teknik BoGraf dihasilkan untuk membantu murid menjana dan mengolah idea dalam penulisan karangan secara berstruktur. BoGraf merupakan alat berfikir berbentuk pengurusan grafik menjana idea yang diubahsuai berdasarkan Borang Menjana Idea Karangan dalam Modul Pengurusan Grafik Kemahiran Berfikir yang dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengaplikasikan teknik BoGraf bagi membina perenggan lengkap karangan, mengenal pasti peningkatan olahan idea, dan meneroka refleksi peserta kajian terhadap penulisan karangan selepas menggunakan BoGraf. Kajian ini berlandaskan Teori Pembelajaran Behaviorisme yang mana BoGraf dijadikan bahan rangsangan untuk menjana dan mengolah idea bagi meningkatkan pencapaian penulisan murid. Pendekatan kajian secara kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan teknik triangulasi sumber data. Pengkaji menggunakan analisis dokumen, pemerhatian, catatan refleksi murid dan catatan nota lapangan untuk mengumpulkan data kajian. Sebuah sekolah rendah di daerah Sepang Selangor, melibatkan dua orang murid tahun lima yang berprestasi sederhana dalam penulisan karangan Bahasa Melayu (Bahagian C) dipilih sebagai peserta kajian. Data pencapaian murid dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel bagi melihat aspek peningkatan idea dan olahan penulisan, manakala perisian interpretasi teks Atlas.ti 8 digunakan untuk mengenal pasti tema berdasarkan catatan refleksi murid. Dapatan daripada murid kajian ini menunjukkan berlaku peningkatan bilangan idea dalam karangan, serta aspek pemerengganan menjadi semakin berstruktur setelah menggunakan BoGraf. Catatan refleksi murid juga menunjukkan teknik BoGraf membantu memudahkan proses mengarang. Kajian ini boleh dijadikan panduan oleh guru bahasa Melayu untuk membantu murid yang masih belum menguasai kemahiran menjana idea dan membina perenggan lengkap dalam penulisan karangan mereka.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 230 |
Call Number: | PL5083.A3R833 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117998+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.