Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460001
Title: Reka bentuk dan pembangunan aplikasi mudah alih Pengajian Am (MYPA)
Authors: Norlaila Che Murat (P88329)
Supervisor: Rosseni Din, Prof. Madya Dr.
Keywords: Mobile apps -- Development
Educational technology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Aug-2019
Description: Pembelajaran adalah proses yang berterusan dan tumpuan pada masa kini beralih kepada pembelajaran secara mudah alih. Kajian ini dilakukan dengan tujuan mereka bentuk dan membangunkan aplikasi pendidikan mudah alih Pengajian Am (MyPA) menggunakan Model RekaBangun SPP IV. Objektif utama kajian ini adalah untuk membina MyPA yang mengadaptasi teori minimalis dan teori connectivisme menggunakan strategi pembelajaran flipped. Di akhir fasa-fasa reka bentuk dan pembangunan ujian kebolehgunaan dan tahap kebergunaan MyPA diukur. Kepentingan kajian adalah menyediakan persekitaran pembelajaran peribadi bagi memudahkan pembelajaran kendiri supaya pembelajaran pelajar menjadi bermakna. Reka bentuk kajian kuantitatif digunakan bagi mengumpul data menggunakan instrumen senarai semak dan soal selidik. Hasil analisis senarai semak daripada tiga pakar Pengajian Am dan empat orang pelajar digunakan untuk melepasi ujian kebolehgunaan MyPA. Seterusnya data dikumpul dari 164 orang pelajar dari dua buah sekolah di negeri Perak untuk melihat kebergunaan MyPA. Analisis data secara deskriptif digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 23. Dapatan kajian menunjukkan MyPA (i) boleh digunakan dalam situasi latihan sebenar dan (ii) berguna dalam menyiapkan tugasan dan projek. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji lain mengkaji penggunaan aplikasi mudah alih pendidikan sebagai media pengajaran alternatif. Kesimpulannya, pembelajaran secara mudah alih adalah bersesuaian untuk pelajar tingkatan enam kerana kemudahan untuk belajar secara peribadi boleh dicapai di mana-mana dengan sokongan teknologi mudah alih.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 156
Call Number: QA76.59.N647 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117441+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.