Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459996
Title: Profesionalisme guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Kota Bharu, Kelantan
Authors: Nurul Amirah Abdul Rahim (P76196)
Supervisor: Jamaludin Badusah, Prof. Madya Dr.
Keywords: School supervision -- Malaysia
Teaching -- Evaluation
Classroom management -- Malaysia -- Evaluation
Total quality management -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Mar-2017
Description: Profesion keguruan merupakan salah satu kerjaya yang dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat. Namun begitu, keprofesionalannya masih diragui dan dipertikaikan oleh sesetengah pihak apabila terdapatnya isu-isu yang menyentuh kualiti guru diketengahkan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap profesionalisme guru berdasarkan: (i) amalan nilai profesionalisme keguruan, (ii) pengetahuan dan kefahaman, serta (iii) kemahiran P&P. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik yang ditadbir kepada 283 orang guru Bahasa Melayu di 22 buah sekolah rendah di daerah Kota Bharu. Data deskriptif dan inferensi dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 20. Dapatan kajian membuktikan, tahap profesionalisme guru secara puratanya berada pada tahap tinggi. Ketiga-tiga elemen profesionalisme yang diukur juga adalah tinggi. Selain itu, dapatan ujian-t melaporkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara jantina dari segi amalan nilai profesionalisme keguruan dan kemahiran P&P, namun dari aspek pengetahuan dan kefahaman pula sebaliknya. Begitu juga dengan lokasi sekolah yang melaporkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi ketiga-tiga elemen profesionalisme tersebut. Analisis ujian MANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan min signifikan terhadap ketiga-tiga elemen profesionalisme guru berdasarkan pengalaman mengajar dan bilangan kursus LDP yang dihadiri. Namun, dari segi kelayakan akademik pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan. Berdasarkan analisis korelasi antara ketiga-tiga elemen profesionalisme guru pula, dapatan menjelaskan terdapatnya hubungan signifikan yang kuat. Hasil kajian berupaya menjadi panduan pihak berkepentingan khususnya dalam kalangan penyelidik dan KPM. Kesimpulannya, tahap profesionalisme dalam kalangan guru adalah tinggi, namun masih perlu dipantau dan diperkasa dari semasa ke semasa menerusi kajian-kajian yang lebih terperinci, agar kualiti guru tidak lagi menjadi isu yang diperdebatkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 159
Call Number: LB2806.4.N847 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117198+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
890.3 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.