Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459975
Title: Daya tahan dan kesediaan keusahawanan pelajar sekolah menengah
Authors: Mohd Fadzli Samsudin (P88333)
Supervisor: Norasmah Hj. Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Entrepreneurship -- Study and teaching (Secondary)
Entrepreneurship
Business and education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Aug-2019
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap daya tahan dan kesediaan keusahawanan pelajar sekolah menengah di negeri Selangor. Tahap kesediaan keusahawanan diukur menggunakan tiga elemen iaitu kesediaan sikap, kesediaan pembelajaran dan kesediaan kerohanian. Manakala tahap daya tahan pula diukur menggunakan enam elemen iaitu kemahiran sosial, penyelesaian masalah, autonomi, optimis, humor dan kerohanian. Kajian ini juga turut mengenal pasti perbezaan daya tahan dan kesediaan keusahawanan pelajar berdasarkan faktor demografi terpilih. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara daya tahan dan kesediaan keusahawanan pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 442 pelajar sekolah menengah di negeri Selangor. Data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Melalui analisis deskriptif, ia melibatkan frekuensi, min, sisihan piawai dan peratus. Manakala bagi analisis inferensi ia melibatkan Ujian t, ANOVA dan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati tahap daya tahan dan kesediaan keusahawanan pelajar sekolah menengah berada pada tahap sederhanan tinggi. Melalui Ujian t, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan keusahawanan berdasarkan jantina dan pekerjaan ibu tetapi tidak terdapat perbezaan bedasarkan pekerjaan bapa. Manakala untuk tahap daya tahan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan pekerjaan ibubapa. Ujian ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap daya tahan dan tahap kesediaan keusahawanan berdasarkan bangsa dan aliran pengajian. Manakala bagi analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif (r=0.747) antara daya tahan dan kesediaan keusahawanan pelajar sekolah menengah. Implikasi kajian ini diharap dapat membantu pihak yang terlibat dengan pendidikan sekolah menengah merancang tindakan dan latihan keusahawanan agar bakat dan minat pelajar terhadap keusahawanan ditingkatkan seterusnya dapat meningkatkan ketahanan diri pelajar bagi melahirkan masyarakat kompetetif dan berdaya maju.,Sarjana Pendidikan
Pages: 153
Call Number: HB615.M644 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116894+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.