Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459965
Title: Adaptasi kriteria persekitaran prasekolah
Authors: Aimi Najlaa Muhammad Noor (P97211)
Supervisor: Faridah Yunus, Dr.
Keywords: School environment
Classroom environment
Education
Preschool
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Sep-2019
Description: Persekitaran pembelajaran yang berkualiti penting dalam memastikan kelancaran dalam pelaksanaan program prasekolah. Kajian ini dijalankan bagi mengadaptasi kriteria persekitaran prasekolah di Malaysia. Instrumen yang digunakan ialah Early Childhood Environment Rating Scale - Revised (ECERS-R) yang diadaptasi ke dalam konteks prasekolah di Malaysia. Pendekatan utama kajian ialah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan Subjek kajian melibatkan seramai 30 orang guru prasekolah di sebuah daerah di Negeri Sembilan. Pelaporan turut melibatkan dua buah prasekolah bandar, dua buah prasekolah luar bandar dan dua buah prasekolah pedalaman orang asli di Negeri Sembilan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the School Science (SPSS). Pendekatan ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama (FI): pemilihan item di dalam instrumen dan fasa kedua (F2): membuat analisis penskoran. FI melibatkan analisis dokumen serta terjemahan langsung dan suntingan ECERS-R. Dalam fasa ini kriteria yang diadaptasi dipilih dan diubahsuai sama ada dikekalkan atau disingkirkan. F2 pula melibatkan analisis penskoran oleh subjek melalui soal selidik berdasarkan instrumen yang telah diadaptasi. Hasil kajian menunjukkan terdapat 41 kriteria yang mewakili tujuh dimensi penilaian kualiti prasekolah iaitu Ruang dan Perkakasan; Rutin Penjagaan Peribadi; Bahasa-Penaalukan; Aktiviti; Interaksi; Struktur Program; dan Ibu Bapa dan Kakitangan dapat diperhatikan di prasekolah. Implikasi kajian mendapati kriteria persekitaran yang di adaptasi ini dapat digunakan sebagai panduan bagi membuat penambahbaikan kepada penyediaan persekitaran pembelajaran prasekolah agar penilaian kualiti prasekolah dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Selain itu, ia dapat membantu pihak yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk menyediakan persekitaran pembelajaran fizikal dan sosial yang terbaik bagi membantu kanak-kanak belajar serta berkembang secara menyeluruh dari pelbagai aspek.,Sarjana Pendidikan
Pages: 159
Call Number: LC210.A386 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116881+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.