Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459962
Title: | Hubungan antara pengetahuan dan kesediaan pelaksanaan pengajaran bahasa arab kurikulum tingkat satuan pendidikan di Aceh |
Authors: | Yenni Muliani (P50775) |
Supervisor: | Kamarulzaman Abdul Ghani, Dr. |
Keywords: | Arabic teachers -- Indonesia -- Attitudes Learning Psychology of Arabic language -- Study and teaching -- Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Jul-2012 |
Description: | Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan gambaran pelaksanaan Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP) dalam pengajaran bahasa Arab dari aspek kefahaman guru, persepsi terhadap pelaksanaan KTSP dan kesediaan untuk melaksanakannya. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara kefahaman dan persepsi pelaksanaan dengan kesediaan guru melaksanakannya, Serta melihat perbezaan pelaksanaan KTSP berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan penglibatan guru dalam kursus latihan KTSP. Kajian ini menggunakan soal selidik ke atas 74 orang guru dan temu bual dengan 9 orang guru bahasa Arab dan 8 orang pengetua sekolah. Data kajian dianalisis menggunakan program SPSS versi 18.0. Instrumen soal selidik mempunyai nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha keseluruhan 0.907. Statistik deskriptif yang digunakan bagi menjawab soalan kajian ialah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Statistik inferensi ujian-t, ANOVA satu hala dan korelasi Pearson digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Ujian analisis deskriptif mendapati min tahap pengetahuan guru berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.03. Min keseluruhan mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan KTSP adalah pada tahap tinggi pula iaitu 3.97. Manakala min keseluruhan mengenai kesediaan guru terhadap pelaksanaan KTSP adalah pada tahap tinggi iaitu 4.24. Dapatan ujian statistik T-test menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan guru lelaki dan perempuan dalam melaksanakan KTSP, juga antara guru yang sudah mendapatkan latihan KTSP dengan yang belum mendapatkan latihan KTSP. Seterusnya hasil analisis ANOVA satu hala menunjukkan pula tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru antara empat kumpulan guru yang mempunyai tempoh pengalaman mengajar yang berbeza. Manakala dapatan kajian statistik inferensi korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan kesediaan guru melaksanakan KTSP dengan nilai r=.486, sig.=.000<0.01. Ujian inferensi korelasi pearson seterusnya juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelaksanaan dengan kesediaan guru melaksanakan KTSP dengan nilai r=.363, sig.=.001<.01. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa pengetahuan dan persepsi mengenai pelaksanaan KTSP sangat penting dan memberikan impak terhadap kesediaan guru dalam melaksanakan KTSP. Implikasi kajian menunjukkan kesediaan guru bahasa Arab dalam melaksanakan KTSP dapat dipertingkatkan lagi dengan mengadakan pelatihan KTSP.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 190 |
Call Number: | LB1775.4.I5Y444 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115210+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 19.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.