Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459950
Title: Kompetensi kejurulatihan dan kepuasan atlet di Sekolah Sukan
Authors: Mohammad Rieazaal Ramli (P76394)
Supervisor: Mohd Taib Harun, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sports -- Study and teaching (Secondary)
School sports -- Coaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Dec-2017
Description: Proses kejurulatihan merupakan tugas yang kompleks dan memerlukan tahap kompetensi yang tinggi untuk membantu atlet meningkatkan prestasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi kejurulatihan dan kepuasan atlet di Sekolah Sukan Negeri. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Seramai 167 atlet telah dipilih menggunakan persampelan berstrata sebagai responden kajian. Satu set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu Skala Kompetensi Kejurulatihan (CCS) oleh Myers et al. (2006) dan Soal selidik Kepuasan Atlet(ASQ) oleh Reimer dan Chelladurai (1998). Hasil dari analisis kebolehpercayaan soal selidik mendapati nilai Alpha Cronbach bagi Skala Kompetensi Kejurulatihan (CCS) ialah 0.900 manakala Soal selidik Kepuasan Atlet ialah 0.928. Analisis statistik inferenci seperti ujian-t, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda telah digunakan bagi merungkai lima hipotesi nol pada aras signifikan p < 0.05. Proses penganalisisan data menggunakan program Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi kejurulatihan berada pada tahap tinggi manakala tahap kepuasan atlet berada pada tahap sederhana tinggi. Selain itu, analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi kejurulatihan berdasarkan jantina dan jenis sukan. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kompetensi kejurulatihan dan kepuasan atlet (r = 0.699, p < 0.05). Seterusnya, dapatan kajian analisis regresi berganda menunjukkan kompetensi pembentukan peribadi, kompetensi strategi dan kompetensi teknik merupakan faktor yang mempengaruhi kepuasan atlet. Hasil kajian ini akan memberikan kefahaman tentang kaedah penilaian kompetensi kejurulatihan dan membantu jurulatih menangani kekurangan dalam amalan kejurulatihan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 142
Call Number: GV361.M837 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113714+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
780.14 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.