Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459937
Title: Amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, pengetahuan kandungan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru matematik
Authors: Saliza Ali (P88585)
Supervisor: Siti Mistima Maat, Dr.
Keywords: Pengajaran dan pembelajaran
Matematik
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Mar-2019
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21, pengetahuan kandungan dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru matematik. Kajian ini juga bagi mengenal pasti hubungan dan sumbangan amalan PdP abad ke-21 dan pengetahuan kandungan matematik dengan KBAT. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif sebagai rekabentuk kajian dan temu bual digunakan sebagai sokongan dapatan kajian. Seramai 226 guru matematik di daerah Besut dijadikan sebagai sampel kajian dan sepuluh orang guru terlibat dalam temu bual. Responden dipilih secara rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistic Package for Sosial Science (SPSS) versi 23 dan ATLAS.ti 8. Data deskriptif telah dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Manakala data inferensi pula dianalisis menggunakan ujian MANOVA, ujian-t sampel bebas, ujian Korelasi Pearson dan ujian regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan tahap amalan PdP abad ke-21 guru matematik pada keseluruhannya berada pada tahap tinggi iaitu min 3.68 dan sisihan piawai 0.43. Tahap pengetahuan kandungan guru matematik pula berada pada tahap yang lemah dengan min markah 5.97 dan sisihan piawai 2.23. Manakala tahap KBAT guru matematik adalah sederhana dengan min keseluruhan adalah 3.64 dan sisihan piawai 0.39. Analisis ujian MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina bagi amalan PdP abad ke-21 dan KBAT guru matematik. Hasil analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina untuk pengetahuan kandungan guru matematik. Dapatan korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan positif signifikan yang sederhana di antara amalan PdP abad ke-21 dengan KBAT. Manakala pengetahuan kandungan turut menunjukkan terdapat hubungan positif signifikan yang lemah terhadap KBAT. Walau bagaimanapun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan PdP abad ke-21 dengan pengetahuan kandungan. Analisis regresi berganda mendapati amalan PdP abad ke-21 dan pengetahuan kandungan memberi sumbangan terhadap KBAT. Dapatan temu bual juga turut menyokong hasil dapatan kajian tinjuan ini. Kesimpulannya, walaupun tahap amalan PdP abad ke-21 guru mtematik adalah tinggi tetapi tahap KBAT guru matematik masih di peringkat sederhana. Begitu juga dengan pengetahuan kandungan guru matematik yang masih lemah memberi kesan kepada KBAT guru. Oleh itu, adalah diharapkan dapatan kajian ini boleh membantu Kementerian Pendidikan merancang program atau kursus yang boleh meningkatkan amalan PdP abad ke-21, pengetahuan kandungan dan KBAT guru matematik dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 231
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110793+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.