Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459930
Title: Intervensi membaca secara berulang bersama rakan pembaca meningkatkan kefasihan membaca murid bermasalah pembelajaran
Authors: Yuzaila Yusuf (P88322)
Supervisor: Mohd Mokhtar Tahar, Dr.
Keywords: Reading disability
Response to intervention (Learning disabled children)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jan-2019
Description: Intervensi membaca secara berulang (repeated reading) bersama rakan pembaca memainkan peranan penting untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kefasihan membaca. Kajian ini mengkaji sejauh mana kesan pelaksanaan intervensi membaca secara berulang bersama rakan pembaca terhadap dua elemen kefasihan membaca iaitu ketepatan bacaan dan kadar kelajuan membaca,serta pemahaman membaca murid bermasalah pembelajaran. Selain itu, persepsi guru pendidikan khas terhadap pelaksanaan intervensi ini juga dikenal pasti. Prinsip Teori Automaticity dan Teori Membaca Automaticity LaBerge dan Samuels (Samuels 1994) digunakan dalam kajian ini bersama Model Interaktif (Stanovich 1984). Reka bentuk kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan tiga puluh sampel kumpulan rawatan dan tiga puluh sampel kumpulan kawalan. Data-data kajian diperoleh melalui pembacaan teks yang diadaptasi daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Satu KSSM Pendidikan Khas, borang penilaian ujian kefasihan membaca dan borang penilaian intervensi oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu Pendidikan Khas. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi, dengan menggunakan Ujian-t Dua Sampel Bersandar dan Ujian-t Dua Sampel Tidak Bersandar. Hasil analisis perbezaan min ujian pasca kefasihan membaca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menunjukkan terdapat peningkatan terhadap ketepatan bacaan (min = 10.50) , kadar kelajuan membaca (min = 8.839) dan pemahaman membaca (0.367) oleh kumpulan rawatan. Persepsi guru terhadap pelaksanaan intervensi menunjukkan maklum balas yang positif terhadap penerimaan, pelaksanaan dan keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan. Dicadangkan agar guru pendidikan khas terutama guru mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan strategi pengajaran membaca secara berulang bagi mengatasi masalah kefasihan membaca dan mengurangkan jurang akademik antara murid bermasalah pembelajaran dan murid aliran perdana.,Sarjana Pendidikan
Pages: 214
Call Number: LB1050.5.Y839 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109493+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.