Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459929
Title: Persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan dan amalan penerapan nilai dalam pendidikan Matematik
Authors: Ummu Taqiah Bahari (P82674)
Supervisor: Siti Mistima Maat, Dr.
Keywords: Teaching -- Methodology
Mathematics -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Jan-2019
Description: Dalam meningkatkan pencapaian Matematik, tumpuan terhadap kaedah pengajaran yang berkesan dan pembelajaran abad ke-21 sering diberi keutamaan yang lebih. Walau bagaimanapun, meningkatkan sahsiah pelajar melalui penerapan nilai juga amat perlu dititik beratkan oleh para pendidik. Namun dalam pendidikan Matematik, nilai dianggap tidak wujud dan kebanyakan kajian lepas turut menyatakan Matematik adalah pengajaran yang ‘kering’ atau tidak berpandukan nilai. Dalam pendidikan Matematik terdapat tiga kategori nilai iaitu nilai pendidikan umum, nilai pendidikan Matematik dan nilai Matematik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan dan amalan penerapan nilai dalam pendidikan Matematik di dalam bilik darjah. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan edaran soal selidik bagi tujuan pengumpulan data. Instrumen soal selidik ini telah diadaptasi berdasarkan kajian lepas bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 23. Kajian ini dijalankan ke atas 175 orang responden guru Matematik sekolah rendah dan sekolah menengah yang mengajar di sekitar Putrajaya. Dapatan menunjukkan bahawa persepsi pengetahuan dan amalan penerapan guru Matematik terhadap ketiga-tiga kategori nilai dalam pendidikan Matematik secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi. Namun persepsi pengetahuan guru terhadap nilai Matematik didapati adalah pada tahap sederhana. Implikasi kajian mendapati bahawa pengetahuan guru terhadap tiga kategori nilai perlu ditingkatkan melalui penambahbaikan dasar dalam modul pengajaran Matematik bagi guru pelatih di institusi pendidikan tinggi. Kajian ini mencadangkan agar penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bilik darjah perlu diterapkan secara eksplisit dan lebih jelas oleh guru supaya nilai yang disampaikan dapat diterima dan difahami oleh pelajar.,Sarjana Pendidikan
Pages: 157
Call Number: LB1025.3.U468 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109492+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.