Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459912
Title: Amalan pengurusan perniagaan usahawan wanita Felcra Berhad
Authors: Mohd Maliki Kamarul Zaman (P59097)
Supervisor: Norasmah Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Businesswomen -- Malaysia
Business -- Management
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Jul-2018
Description: Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pengurusan perniagaan usahawan wanita FELCRA Berhad dalam aspek pemasaran, sumber manusia dan kewangan. Penerokaan ini dibuat berdasarkan faktor demografi seperti pengalaman, minat, sumber pendapatan dan latar belakang keluarga. Di samping itu, prestasi perniagaan usahawan wanita dari aspek saiz perniagaan, kewangan perniagaan dan bilangan pekerja juga dikaji. Kajian dijalankan di FELCRA Berhad Seberang Perak dan melibatkan enam orang peserta kajian. Pelaksanaan bagi reka bentuk kajian ialah melalui pendekatan kualitatif. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes bagi mendapatkan maklumat yang mendalam tentang amalan pengurusan perniagaan usahawan wanita. Bagi pengutipan data, kaedah triangulasi iaitu kaedah temu bual digunakan sebagai data utama manakala kaedah pemerhatian dan analisis dokumen dilakukan bagi menyokong data temu bual. Manakala, nota lapangan digunakan bagi mencatat dan memperkukuhkan kedua-dua dapatan tersebut. Hasil kajian mendapati faktor demografi minat dan sumber pendapatan menjadi pendorong penglibatan usahawan wanita FELCRA Berhad dalam bidang keusahawanan. Selain itu, kajian juga mendapati usahawan wanita memiliki kemahiran yang tinggi dalam penggunaan teknologi terkini dalam aspek pengurusan pemasaran dan mengamalkan pengurusan sumber manusia yang baik dengan memiliki pekerja mahir dan mencukupi bagi keperluan perniagaan. Usahawan wanita juga didapati mempunyai kelebihan dalam aspek berhutang dengan pembekal bagi memperolehi bahan mentah. Hasil kajian ini dijangka dapat membantu dan memberi peluang yang luas kepada golongan usahawan wanita FELCRA Berhad untuk terlibat dalam bidang keusahawanan dengan lebih aktif dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi mereka. Kajian ini juga dapat membantu pihak FELCRA Berhad merancang pelbagai program dan latihan keusahawanan dalam membantu usahawan mencapai kejayaan dalam perniagaan yang mereka ceburi.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 201
Call Number: HD6053.M835 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108424+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.