Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459909
Title: Aplikasi peta pemikiran (i-Think) dalam memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dalam pembelajaran Sejarah
Authors: Mazlan Husin (P88564)
Supervisor: Mohd Mahzan Awang, Prof. Madya Dr.
Keywords: Critical thinking -- Study and teaching (Higher)
Critical thinking -- Problems, exercises, etc.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Sep-2018
Description: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan peta pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sejarah dalam kalangan murid-murid sekolah menengah dan hubungannya dengan tahap pemikiran aras tinggi sejarah. Penggunaan peta pemikiran i-Think daripada Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dilihat dari aspek pembelajaran dalam kelas, aktiviti pengukuhan, penulisan nota peribadi dan kerja rumah. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau tahap pemikiran aras tinggi sejarah dari aspek mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta berlandaskan Taksonomi Bloom semakan semula Anderson. Kajian berbentuk tinjauan kuantitatif ini menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 400 orang murid terlibat sebagai responden dalam kajian ini yang terdiri daripada murid-murid di sekolah menengah kebangsaan daerah Hulu Langat, Selangor. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 22. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukan profil demografi kajian dan tahap penggunaan peta pemikiran i-Think serta tahap pemikiran aras tinggi sejarah. Secara keseluruhannya, tahap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan murid-murid adalah sederhana tinggi dengan nilai min 3.495 dan sisihan piawai 0.44. Begitu juga dengan tahap pemikiran aras tinggi sejarah berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.028 dan sisihan piawai 0.395. Hasil ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan jantina dan tiada perbezaan signifikan berdasarkan lokasi sekolah, jenis sekolah dan etnik. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pemikiran aras tinggi sejarah berdasarkan jantina dan etnik dan tiada perbezaan berdasarkan lokasi sekolah dan jenis sekolah. Hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara tahap penggunaan peta pemikiran i-Think dengan tahap pemikiran aras tinggi sejarah dengan nilai r=0.786. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran mempunyai hubungan dengan tahap pemikiran aras tinggi. Penggunaan peta pemikiran i-Think dapat merangsang murid-murid berfikir aras tinggi seterusnya menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan efektif. Hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan bagi merancang pelbagai strategi untuk meningkatkan tahap pemikiran aras tinggi murid.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
Pages: 187
Call Number: LB2395.35.M349 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108420+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.