Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459876
Title: | Kompetensi guru dan hubungannya dengan pencapaian kokurikulum murid di sekolah menengah |
Authors: | Haslinda Husain (P79131) |
Supervisor: | Mohd Radzani Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Effective teaching -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Sep-2017 |
Description: | Kepentingan aktiviti kokurikulum perlu diberi perhatian kerana pencapaian murid dalam bidang kokurikulum turut menjadi ukuran sebagai pelengkap kepada satu sistem pendidikan yang seimbang. Justeru, kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum menjadi tunjang utama bagi mendorong murid untuk bergerak aktif agar impak positif terhadap pencapaian kokurikulum murid dapat dicapai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pencapaian kokurikulum murid di sekolah menengah. Kajian menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Seramai 373 orang guru terlibat sebagai responden dalam kajian ini yang terdiri daripada guru-guru penasihat kokurikulum di daerah Petaling Perdana, Selangor. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS V22.0. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukan profil demografi kajian serta kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Manakala analisis inferensi yang digunakan ialah Ujian-T Sampel Bebas, ANOVA Sehala dan Kolerasi Pearson untuk menjawab persoalan kajian dan menguji hipotesis yang dibina. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berada pada tahap tinggi (min=3.84, sp=0.339). Analisis inferensi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dari aspek pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berdasarkan jantina (t=1.552, p>0.05) dan kehadiran kursus (t=1.585, p>0.05). Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berdasarkan pengalaman mengajar (F(2, 370=3.984, p<0.05). Kompetensi guru dari aspek kemahiran pula, didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga aspek iaitu jantina (t=9.956, p<0.05), pengalaman mengajar (F(2, 370=6.386, p<0.05) dan kehadiran kursus (t=5.354, p<0.05). Manakala kompetensi guru dari aspek sikap dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman mengajar (F(2, 370=1.971 p>0.05) dan kehadiran kursus (t=1.673, p>0.05). Namun, hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina (t=4.426, p<0.05). Selain itu, didapati tidak terdapat hubungan kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid (r= -.013, p>0.81). Implikasi kajian dapat memberikan input yang bermanfaat dan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam perkembangan profesionalisme guru untuk meningkatkan kompetensi guru terutamanya dari aspek kemahiran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Pelbagai strategi juga perlu dirancang bagi memastikan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum dapat ditingkatkan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 125 |
Call Number: | LB2838.H337 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100688+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 502.85 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.