Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459875
Title: Amalan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah
Authors: Anwar Ridhwan Razali (P66296)
Supervisor: Manisah Mohd Ali, Prof. Madya Dr.
Keywords: Inclusive education
Issue Date: 11-Sep-2017
Description: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah. Hal ini kerana amalan kerja terbaik memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas yang berada di kelas aliran perdana. Kajian ini membahagikan konteks amalan pelaksanaan kepada empat konstruk iaitu keperluan khusus yang diperlukan oleh guru, bentuk sokongan dalam menjayakan pendidikan inklusif, cabaran-cabaran, dan langkah-langkah penambahbaikan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah. Kajian tinjauan ini menggunakan satu set soal selidik dan sampel kajian dipilih secara persampelan bertujuan. Sampel kajian melibatkan 70 orang guru pendidikan khas dan 50 orang guru aliran perdana di daerah Hulu Langat, Selangor yang terlibat dalam pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian menunjukkan amalan pelaksanaan program pendidikan inklusif dalam kalangan guru pendidikan khas dan guru aliran perdana berada pada tahap sederhana (min=3.38; sp=0.692). Keperluan khusus guru seperti latihan, kesediaan serta pengetahuan berkaitan pendidikan inklusif masih tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Guru-guru juga dilihat masih kurang menerima sokongan daripada pihak pentadbir, rakan sejawat, murid-murid dan ibu bapa dalam menjayakan pendidikan inklusif Selain itu, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru juga masih tidak dapat ditangani secara berkesan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan pendidikan inklusif. Langkah-langkah penambahbaikan amalan juga dilihat masih kurang terlaksana akibat wujudnya pelbagai kekangan seperti kurangnya sikap berkongsi kepakaran. Kajian ini mampu memberikan implikasi yang positif terhadap konteks pematuhan polisi dan panduan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah
Pages: 108
Call Number: LC1200.A539 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100687+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
380.62 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.