Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459866
Title: | Pengetahuan tentang solat, amalan solat fardu dan penghayatan akhlak dalam kalangan murid tingkatan empat di daerah Batang Padang, Perak |
Authors: | Norhayati Ab. Ghani @ Rani (P71517) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Islam -- Customs and practices |
Issue Date: | 15-Aug-2017 |
Description: | Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji penilaian murid terhadap pengetahuan, amalan tentang solat dan penghayatan akhlak dalam kalangan murid. Kajian ini juga mengenal pasti perbezaan pengetahuan dan amalan solat dengan penghayatan akhlak dalam kalangan murid berdasarkan lokasi sekolah dan jantina. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti hubungan di antara pengetahuan dan amalan tentang solat dengan penghayatan akhlak dalam kalangan murid. Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan ke atas 315 orang murid tingkatan 4 yang dipilih secara rawak dari sekolah menengah di daerah Batang Padang, Perak. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Ujian-t, Ujian Korelasi Pearson dan Ujian MANOVA dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS Windows Versi 21.0). Kajian menunjukkan pengetahuan tentang solat dan penghayatan akhlak berada pada tahap tinggi. Manakala amalan solat pula berada pada tahap sederhana tinggi. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara penghayatan akhlak berdasarkan jantina. Manakala dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengetahuan solat dan amalan solat berdasarkan jantina. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengetahuan dan amalan solat serta penghayatan akhlak berdasarkan lokasi sekolah. Hasil kajian mendapati wujud hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara pengetahuan solat dengan penghayatan akhlak. Hasil kajian juga mendapati wujud hubungan positif yang kuat dan signifikan antara amalan solat dengan penghayatan akhlak. Implikasi kajian menyarankan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara amnya dan guru Pendidikan Islam khususnya agar dapat menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam usaha meningkatkan pengetahuan, amalan solat dan penghayatan akhlak dalam kalangan murid.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 113 |
Call Number: | BP174.N646 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100679+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 276.63 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.