Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459854
Title: Sikap dan motivasi dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu terhadap kemahiran abad ke-21
Authors: Nur Khazinatul Fateha Kamarruddin (P73682)
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr.
Keywords: Bahasa Melayu
Achievement motivation
Issue Date: 3-Jul-2017
Description: Kajian yang dijalankan ini untuk mengenal pasti sikap dan motivasi pelajar terhadap pemelajaran Bahasa Melayu dan juga tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 273 orang pelajar tingkatan empat dari enam buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Langkawi dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Manakala, analisis inferensi pula menggunakan ujian-t, MANOVA, korelasi Pearson dan regresi berganda. Keputusan analisis deskriptif mendapati tahap sikap, motivasi dan kemahiran abad ke-21 pelajar secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi iaitu sikap (M = 4.0897), motivasi (M = 3.9661) dan kemahiran abad ke-21 (M = 3.8955). Keputusan ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap, motivasi dan kemahiran abad ke-21 pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan jantina. Selain itu, keputusan analisis MANOVA juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap, motivasi dan kemahiran abad ke-21 pelajar dengan pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keputusan analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara sikap dan motivasi dengan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Akhir sekali, keputusan analisis regresi berganda menunjukkan motivasi merupakan faktor yang memberi sumbangan yang signifikan terhadap kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebanyak 56.2 peratus. Untuk menguasai kemahiran abad ke-21, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan untuk membantu pelajar dan guru semasa pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 109
Call Number: LB1065.N845 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98326+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
520.66 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.