Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459845
Title: | Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berasaskan pembelajaran berasaskan masalah |
Authors: | Norrashidah Abd Hadi (P68705) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Guru Pendidikan Islam Pembelajaran berasaskan masalah Pengajaran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 26-Nov-2016 |
Description: | Tujuan utama kajian ini ialah bagi mengenal pasti persepsi pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan pengajaran guru berasaskan pembelajaran berasaskan masalah. Kajian ini juga cuba mengenal pasti perbezaan persepsi pengetahuan, kemahiran, sikap serta amalan pengajaran berdasarkan pengalaman mengajar dan latihan yang diterima. Kajian ini turut mengenal pasti hubungan di antara pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dengan amalan pengajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pemboleh ubah utama yang menyumbang kepada amalan pengajaran guru. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 108 orang guru sekolah menengah di Johor Bahru. Soal selidik digunakan bagi mengumpul data kajian. Data dianalisis secara deskriptif bagi menjawab persoalan kajian manakala analisis inferensi digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati aspek kemahiran, sikap dan amalan pengajaran berada pada tahap tinggi manakala aspek persepsi pengetahuan guru berada pada tahap sederhana. Kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan amalan pengajaran berdasarkan pengalaman mengajar. Kajian juga menunjukkan, terdapat perbezaan signifikan persepsi pengetahuan dan kemahiran guru berdasarkan latihan yang diterima. Namun, tiada perbezaan signifikan pada tahap sikap dan amalan pengajaran guru berdasarkan latihan yang diterima. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan dengan amalan pengajaran guru dengan nilai r = 0.504. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran dengan amalan pengajaran guru dengan nilai r = 0.664. Selanjutnya, terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dengan amalan pengajaran guru dengan nilai r = 0.623. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa aspek kemahiran dan sikap menyumbang sebanyak 51.4% kepada amalan pengajaran guru. Namun begitu, aspek kemahiran lebih menyumbang kepada amalan pengajaran guru berbanding sikap. Kesimpulannya, kemahiran guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan masalah hendaklah dipertingkatkan lagi melalui latihan yang komprehensif. Hasil kajian ini memberi implikasi terhadap keperluan guru mendapat latihan yang khusus dan berterusan agar dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 120 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97081+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 358.76 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.