Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459840
Title: | Pengetahuan, sikap dan kreativiti guru sains sekolah rendah terhadap pendidikan STEM |
Authors: | Nur Diyana Zakariah (P71620) |
Supervisor: | Lilia Halim, Prof. Dr. |
Keywords: | Guru Sekolah rendah STEM Sains Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 8-Nov-2016 |
Description: | Transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah memperkenalkan pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) yang merupakan suatu inovasi pendidikan. Inovasi dalam pendidikan dilakukan seiring dengan perkembangan sains dan teknologi dalam dunia yang serba moden bagi memenuhi keperluan abad ke-21. Sejajar dengan itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka maklumat berkaitan pengetahuan, sikap dan elemen kreativiti guru sains sekolah rendah terhadap pendidikan STEM. Kajian kualitatif ini melibatkan seramai tujuh orang guru sains yang dipilih secara persampelan bertujuan dengan memiliki kriteria yang ditetapkan iaitu guru sains yang terlibat dengan sebarang aktiviti atau pertandingan inovasi dan reka cipta di peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah temu bual mendalam dan analisis dokumen. Analisis ditadbir menggunakan perisian Atlas.ti dan kaedah perbandingan berterusan (constant comparative method) dijalankan serentak. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan guru sains tentang pendidikan STEM merangkumi pengetahuan tentang strategi pengajaran guru, hala tuju masa depan dan komponen pembelajaran STEM untuk memastikan pendidikan STEM dapat dilaksanakan dengan berkesan. Manakala sikap guru sains yang terlibat dengan kajian ini menunjukkan penerimaan dan tingkah laku yang positif terhadap pendidikan STEM. Namun, terdapat segelintir peserta kajian yang menghadapi kekangan masa untuk melaksanakan pendidikan STEM. Elemen-elemen kreativiti yang menyerlah daripada peserta kajian ini adalah keterbukaan, pemikiran divergen, keyakinan, rasa ingin tahu dan keunikan. Implikasi kajian ialah menggalakkan guru-guru sains sekolah rendah melibatkan diri dalam aktiviti berasaskan projek dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 206 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97076+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 513.52 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.