Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459815
Title: Sokongan persekitaran budaya sekolah dan bilik darjah dalam meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar
Authors: Haslina Muhammad Yunus (P64746)
Supervisor: Abdul Razaq Ahmad, Prof. Madya Dato' Dr.
Keywords: Persekitaran
Pelajar
Kemahiran insaniah
Sekolah
Bilik darjah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 20-May-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk menentukan sokongan persekitaran budaya sekolah dan bilik darjah dalam meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Kemahiran insaniah dalam kajian ini memfokuskan kepada enam aspek utama iaitu kepimpinan, komunikasi, kemahiran berfikir, pengurusan teknologi dan informasi, interpersonal dan bekerjasama dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan seramai 400 orang pelajar dari tiga jenis sekolah iaitu sekolah menengah harian, sekolah menengah agama dan sekolah menengah teknik dan vokasional di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha keseluruhan konstruk berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara 0.73 hingga 0.94. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai manakala analisis inferensi pula adalah MANOVA dan Korelasi Pearson dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Hasil kajian menunjukkan tahap persekitaran sekolah dari aspek bilik darjah dan budaya sekolah terhadap kemahian insaniah berada pada tahap sederhana tinggi. Begitu juga tahap amalan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Namun begitu, kemahiran insaniah bagi aspek kemahiran kerjasama adalah pada tahap sederhana manakala bagi aspek kemahiran pengurusan teknologi berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan dorongan persekitaran sekolah berdasarkan jantina dan jenis sekolah. Bagi aspek kemahiran insaniah pula tidak menunjukkan perbezaan yang siginifikan berdasarkan jantina namun terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jenis sekolah. Manakala analisis korelasi menunjukkan hubungan yang kuat dari aspek budaya sekolah dan bilik darjah terhadap kemahiran insaniah. Bagi meningkatkan kemahiran insaniah di kalangan pelajar, kurikulum dan budaya sekolah perlu diselaraskan mengikut keperluan pelajar bagi memastikan peningkatan secara menyeluruh kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa sekolah seharusnya mengadakan pelbagai program dan pendekatan dalam meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar selari dengan perkembangan masa kini yang memerlukan pelajar menguasai pelbagai bidang kemahiran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 128
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96398+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
501.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.