Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459812
Title: | Penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran murid Pemulihan Khas di Daerah Hulu Langat |
Authors: | Azly Abdul Manap (P51196) |
Supervisor: | Manisah Mohd Ali, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Murid Pemulihan Khas Ibu bapa Pembelajaran Daerah Hulu Langat Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 23-Aug-2016 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau penglibatan ibu bapa atau penjaga dalam proses pembelajaran murid Pemulihan Khas di daerah Hulu Langat. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dan kualitatif. Teknik persampelan rawak berstrata digunakan dalam pemilihan sampel kajian melibatkan seramai 300 orang ibu bapa atau penjaga daripada 20 buah sekolah. Peserta kajian temubual pula melibatkan seramai enam orang guru Pemulihan Khas. Instrumen kajian menggunakan soal selidik dan protokol temubual. Data kuantitatif telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Data kualitatif pula dianalisis berpandukan tema-tema daripada jawapan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa adalah pada tahap yang tinggi manakala penglibatan mereka dalam pelaksanaan program di sekolah kurang memuaskan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa halangan utama ibu bapa untuk melibatkan diri adalah berdasarkan faktor berkaitan pendedahan tentang pelaksanaan program, insiatif guru dan pihak sekolah, SES, tahap pendidikan serta sikap ibu bapa. Keperluan utama ibu bapa dalam pelaksanaan program pula adalah dari aspek latihan guru, kerjasama pelbagai pihak, maklumat serta pendedahan tentang program kepada ibu bapa. Kajian ini memberi implikasi terhadap penglibatan ibu bapa serta strategi bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam pelaksanaan Program Pemulihan Khas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 127 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96395+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 365.04 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.