Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459810
Title: | Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap terhadap konsep muaddib dalam kalangan guru pendidikan Islam di Daerah Bangil Indonesia |
Authors: | Tini Vitaningtyas (P59095) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Konsep muaddib Pendidikan Islam Guru Daerah Bangil Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | Aug-2016 |
Description: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap terhadap konsep muaddib dalam kalangan guru pendidikan Islam serta menentukan sumbangan pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan ke atas sikap guru terhadap konsep muaddib. Pendekatan kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Satu set soal selidik disediakan dan ia merangkumi tiga konstruk utama iaitu aspek pengetahuan (21 item), kemahiran pelaksanaan (40 item) dan sikap (50 item). Responden kajian terdiri daripada 110 orang guru pendidikan Islam yang mengajar di daerah Bangil Indonesia. Data dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi.Analisis deskriptif mrliputi analisis frekuensi, min, dan sisihan piawai. Analisis inferensi pula melibatkan ujian-t, korelasi Pearson, dan regresi berganda. Hasil kajian deskriptif menunjukkan responden mempunyai pengetahuan, kemahiran pelaksanaan, dan sikap terhadap konsep muaddib pada tahap yang tinggi. Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara pengetahuan, kemahiran pelaksanaan, dan sikap guru terhadap konsep muaddib berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif pada tahap sederhana (r=0.54) antara pengetahuan guru tentang konsep muaddib dengan sikap guru terhadap konsep muaddib. Terdapat juga hubungan positif pada tahap yang lemah (r=0.377) antara kemahiran pelaksanaan konsep muaddib dengan sikap guru terhadap konsep muaddib. Akhirnya analisis regresi berganda menunjukkan bahawa aspek pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan telah menyumbang kepada sikap terhadap konsep muaddib.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 139 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96393+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 980.96 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.