Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459803
Title: | Hubungan antara pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran komponen sastera (KOMSAS) |
Authors: | Nasyimah Ismail (P66404) |
Supervisor: | Zamri Mahamod, Prof. Dr. |
Keywords: | KOMSAS KBAT Pengetahuan Sikap Kesediaan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 25-Mar-2016 |
Description: | Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) sekolah menengah antara lain bertujuan untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar atas pelbagai bahan yang dibaca. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran Komsas. Selain itu, kajian tinjauan ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap perbezaan pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT berdasarkan jantina. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang melibatkan 322 orang pelajar di empat buah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Analisis inferensi pula digunakan untuk mencari perbezaan (ujian-t) dan hubungan (korelasi). Analisis deskriptif mendapati ketiga-tiga min iaitu pengetahuan (3.90), sikap (4.04) dan kesediaan (3.98) pelajar terhadap KBAT berada pada tahap tinggi. Analisis inferensi mendapati terdapat perbezaan pengetahuan dan kesediaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran Komsas yang mana min pelajar perempuan lebih tinggi (4.01) berbanding dengan pelajar lelaki (3.79). Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran Komsas. Selain itu, analisis juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan sikap (r=0.676) dan pengetahuan dengan kesediaan pelajar (r=0.677) terhadap KBAT. Daripada analisis menunjukkan KBAT semakin diterima di sekolah dan pelajar menunjukkan kecenderungan untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam dalam Komsas. Oleh itu, diharapkan guru dapat mencipta suasana pembelajaran yang lebih kondusif menggunakan KBAT dalam bilik darjah. Hal ini supaya dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Komsas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 114 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96387+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 99.28 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.