Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459799
Title: | Pembinaan standard guru Sains Malaysia |
Authors: | Nurfaradilla binti Mohamad Nasri (P51119) |
Supervisor: | Lilia Halim, Prof. Dr. |
Keywords: | Pendidikan Sains Guru Sains Teacher effectiveness |
Issue Date: | 12-Aug-2011 |
Description: | Kualiti guru sains merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kualiti pendidikan sains. Oleh itu, bagi memastikan kualiti dan objektif pendidikan sains tercapai, maka aspek kualiti guru sains haruslah ditingkatkan. Kajian ini bertujuan membina Kerangka Awal Standard Guru Sains Malaysia (KASGSM) sebagai panduan dan rujukan guru-guru sains menilai tahap kompetensi guru. Kajian ini menggunakan kaedah teknik Delphi (3 pusingan) yang melibatkan panel pakar (n=15) iaitu; pendidik guru sains (n=8), guru sains (n=6) dan pengetua sekolah (n=1). Hasil kajian menunjukkan, panel pakar menekankan dua aspek bagi penghasilan seorang guru sains berkualiti iaitu Kategori A: Pengetahuan dan Kefahaman dan Kategori B: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran. Manakala, Kategori C: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan kurang ditekankan. Sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu berorientasikan peperiksaan menuntut guru-guru sains untuk mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang sains serta berupaya untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada para pelajar. Kerangka Awal Standard Guru Sains Malaysia (KASGSM) yang dibina dalam kajian ini boleh dijadikan langkah awal untuk membantu guru-guru sains menilai diri masing-masing. Di samping itu, Kerangka Awal Standard Guru Sains Malaysia (KASGSM) yang dicadangkan boleh membantu pihak pendidik guru sains di institusi perguruan dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam merangka strategi-strategi yang lebih sistematik serta komprehensif bagi melahirkan guru sains berkualiti.,Master / Sarjana |
Pages: | 273 |
Call Number: | LB1025.3.N834 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84841+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.