Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459782
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Mahamod, Profesor Dr.
dc.contributor.authorSiti Zaleha Mohd Nor (P63985)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:32:40Z-
dc.date.available2023-09-13T09:32:40Z-
dc.date.issued2015-06-01
dc.identifier.otherukmvital:83436
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459782-
dc.descriptionKajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana pelaksanaan konsep 5P (penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian) dalam pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah rendah berdasarkan jantina, pengalaman mengajar, opsyen dan pendedahan atau kursus. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat perkaitan yang wujud antara aspek pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru terhadap penerapan konsep 5P dalam pengajaran. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat sumbangan aspek pengetahuan dan sikap terhadap aspek kemahiran pelaksanaan konsep 5P dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Borang soal selidik digunakan bagi mengumpul data. Sebanyak 225 orang guru yang mengajar di sekolah rendah sekitar daerah Kota Bharu terlibat dalam kajian ini. Kajian rintis yang dijalankan memperoleh nilai kebolehpercayaan, iaitu Cronbach Alpha=0.959. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Statistik inferensi digunakan untuk melihat perbezaan, hubungan dan sumbangan iaitu dengan menggunakan ujian-t, Ujian Mann Whitney U, analisis Korelasi Pearson, dan Regresi Pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan tahap sikap guru terhadap konsep 5P adalah berapa pada nilai purata min yang tinggi. Perbezaan bagi aspek pengetahuan berdasarkan jantina, pengalaman mengajar, opsyen dan pendedahan ataupun kursus menunjukkan dua daripada hipotesis nul diterima (jantina dan pendedahan atau kursus) dan dua hipotesis nul ditolak (pengalaman mengajar dan opsyen). Bagi perbezaan aspek kemahiran pelaksanaan pula didapati satu sahaja hipotesis nul tersebut diterima (opsyen) dan tiga lagi hipotesis nul ditolak (jantina, pengalaman mengajar dan pendedahan atau kursus). Seterusnya bagi aspek perbezaan sikap, didapati tiga lagi hipotesis nul diterima (pengalaman mengajar, opsyen dan pendedahan atau kursus) dan satu sahaja hipotesis nul tersebut ditolak (jantina). Melalui ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara aspek pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru. Ketiga-tiga aspek ini adalah sangat berkaitan antara satu sama lain. Analisis regresi pelbagai pula mendapati aspek pengetahuan penyumbang terbesar terhadap kemahiran pelaksanaan guru dalam melaksanakan penerapan konsep 5P dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan nilai R2 =44.3%. Kajian ini memberi maklumat terkini kepada institusi pendidikan guru di Malaysia tentang pelaksanaan penerapan konsep 5P dalam pengajaran Bahasa Melayu dan memberi ruang kepada guru melihat kepentingan konsep tersebut sebagai strategi pengajaran yang disarankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectLanguage arts (Elementary)
dc.titlePelaksanaan konsep 5P (Penggabungjalinan, Penyerapan, Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian) dalam pengajaran Bahasa Melayu
dc.typetheses
dc.format.pages129
dc.identifier.callnoLB1575.8.S593 2015
dc.identifier.barcode001876
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83436+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.